Pembelian Panik COVID-19 Rakyat Amerika Berbeza, Lebih Kepada Beli Senjata Api

Amerika Pembelian Panik Senjata Api
Sumber: The Sun

Mana-mana negara yang mengumumkan perintah berkurung (lockdown) dan mengurangkan aktiviti berurusan di luar rumah, rata-rata penduduknya melakukan pembelian panik keperluan harian seperti stok barang dan makanan.

BACA: Isytihar Amaran DORSCON Tahap Oren, Rakyat Singapura Diminta Jangan Panik Borong Bekalan

Namun, berbeza pula dengan penduduk Amerika Syarikat ketika wabak koronavirus (Covid-19) semakin meninggi di sana, mereka berpusu-pusu di kedai menjual senjata api.

Menurut laporan The Sun, orang ramai sanggup beratur panjang demi membeli senjata api dan pisau demi mencegah diri dalam krisis Covid-19 yang melanda negara itu. Peratusan jualan di kedai senjata api meningkat sehingga mencecah 68 peratus sebelum tercetusnya pandemik ini.

Kebanyakan senjata yang laris terjual ialah senjata ‘pembelaan diri’ automatik seperti AR-15. Pemilik Gun Effect dan Cloud 9 Fishing, Dennis Lin berkata, jualan senjata mengalami peningkatan yang begitu tinggi dalam kalangan Asia-Amerika kerana ‘menjadi sasaran disebabkan bangsa’.

Amerika Pembelian Panik Senjata Api
Sumber: The Sun

Kata salah seorang netizen tentang perkara ini, mereka membeli senjata sebagai langkah melindungi diri dan keluarga. Sejak Presiden Donald Trump mengisytiharkan darurat di negara itu, penduduk sudah memulakan pembelian panik dan keadaan itu telah mencetuskan hura-hara.

Penduduk terdesak untuk menyimpan stok barangan untuk menjalani tempoh kuarantin sehingga berlaku pergaduhan di hadapan pasar raya. Berlaku pergaduhan apabila ada antara mereka mengambil tisu tandas di dalam troli pembeli lain.

Dalam pada itu, peruncit mengatakan tiada kemungkinan berlakunya kekurangan stok disebabkan wabak Covid-19 yang melanda ketika ini namun mengakui bahawa mereka sedang bergelut untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Amerika Pembelian Panik Senjata Api
Sumber: The Sun

Rangkaian pasar raya terbesar di Amerika, Walmart mengumumkan semua cawangan mereka yang beroperasi 24 jam akan dipendekkan kepada 6 pagi hingga 11 malam dan akan beroperasi sedia kala apabila keadaan kembali normal. Waktu operasi dipendekkan untuk melakukan kerja-kerja pembasmian dan pembersihan.

Amerika Syarikat mempunyai kadar pemilikan senjata api tertinggi dan undang-undang senjata paling longgar di dunia. Setiap tahun kira-kira 4.5 juta senjata api, termasuk kira-kira dua juta pistol, yang dijual di Amerika Syarikat, melebihi jumlah penduduk.

Sumber: The Sun