Pemangsa Daripada Kumpulan Ikan Ini Miliki ‘Kuasa’ Serap Cahaya 4

Pemangsa Daripada Kumpulan Ikan Ini Miliki Kuasa Luar Biasa Serap Cahaya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pemangsa daripada kumpulan ikan ini miliki kuasa serap cahaya.

Dalam penemuan terbaharu, satu pasukan saintis yang mengkaji mengenai makhluk eksotik telah berjaya membongkar rahsia di sebalik sekumpulan ikan yang dikenali sebagai pemangsa laut dalam ultra hitam.

BACA: Malas Urus, Bapa Goreng Ikan Kelisa Bernilai RM600 Tanpa Pengetahuan Anak

Spesis fangtoothPacific blackdragon, anglerfish dan black swallower didapti mampu mengubah bentuk fizikal mereka terutamanya ketika ingin memburu mangsa digolongkan dalam 16 spesis di dalam kumpulan ini.

Malah pemangsa daripada kumpulan ini juga mampu menyerap sehingga 99.95% cahaya dan hanya memantulkan kurang daripada 0.05% cahaya yang menyuluh menjadikan mereka sukar untuk dilihat di laut dalam.

Pemangsa Daripada Kumpulan Ikan Ini Miliki ‘Kuasa’ Serap Cahaya
Sumber: Science Times

Disebabkan cahaya tidak dapat menembusi kawasan laut dalam, spesis pemangsa ini akan memancarkan cahaya bioluminescence yang boleh menarik perhatian mangsanya. Dengan cahaya itu juga mereka mampu menakutkan kumpulan pemangsa lain di kawasan tersebut.

Kulit ikan pemangsa berwarna hitam mampu menyerap cahaya sehingga di kawasan bercahaya, mereka ini akan kelihatan seperti bayang-bayang.

Menurut ahli zoologi Institut Muzium Kebangsaan Alam Semula Jadi Washington, Karen Osborn terdapat banyak jenis pemangsa laut yang masih belum diketahui kewujudan mereka.

BACA: Penyelidik Temui Spesis Baharu Dikenali Lipas Laut Di Perairan Indonesia

Terdahulu, Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) secara rasmi mengesahkan pengenalan spesies baru lain: Bathynomus raksasa ataupun lipas laut yang biasanya dijumpai menggali dan mengorek sisa-sisa haiwan laut mati di dasar lautan..

Sumber: Scimex