Pemandu Kematian Tidak Boleh Hukuman Gantung

Pemandu Yang Menjadi Punca Kem4tian Tidak Boleh Dihukum Gantung – Polis

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Peningkatan kes kem4langan menyebabkan kem4tian oleh pemandu mabuk semakin membimbangkan masyarakat sehingga perlu meminta kerajaan menggubal undang-undang baharu bagi merungkai permasalahan ini.

Orang ramai rata-ratanya mahu hukuman seperti yang ingin dilaksanakan di Taiwan iaitu hukuman mati terhadap pesalah menyebabkan kem4langan m4ut, ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius.

Bagaimanapun, Pegawai Turus Kes Profil Tinggi & Kajian Kes, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Rozlim Che Ali menjelaskan kes sebegini tidak boleh dikenakan hukuman gantung sampai m4ti seperti hukuman kes bunuh kerana kedua-dua kes adalah berlainan.

Memetik sumber Sinar Harian, kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan parah, ringan atau maut ia dikategorikan sebagai kes ‘quasi criminal’ iaitu hanya memadai dibuktikan dengan tindakan tetapi berbeza dengan kes bunuh kerana terdapat dua perkara yang perlu dibuktikan iaitu niat serta tindakan.

Pemandu Kematian Tidak Boleh Hukuman Gantung

Katanya, kes bunuh jika dapat dibuktikan niat seseorang pelaku dan tindakannya, akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai m4ti jika disabit kesalahan.

“Tetapi dalam kes kemalangan, sukar untuk kita buktikan niat seseorang itu walaupun tindakannya mendatangkan kematian,” katanya ketika disoal mengapa pemandu mabuk yang menyebabkan kem4tian kepada orang lain tidak dikenakan hukuman gantung sampai m4ti seperti pesalah kes bunuh.

Justeru, dalam kes-kes kem4langan, polis hanya mengambil apa tindakan yang dilakukan pemandu tersebut dan jika boleh disabitkan sebagai punca kem4langan yang menyebabkan kem4tian kepada orang lain, ia sudah cukup untuk menuduh pelaku tersebut di mahkamah.

Bukan mudah sebenarnya untuk menggubal suatu undang-undang ya. Apa pun, kami sebagai rakyat biasa berharap masalah ini perlulah diselesaikan dengan adil demi keamanan sejagat.

Sumber: Sinar Harian