
Pemandu Mabuk Mesti Dikenakan Hukuman Paling Keras – Bekas Menteri Pengangkutan
Bekas Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dalam satu kenyataan berkata pemandu mabuk mesti dikenakan hukuman paling keras dan tiada tolak ansur diberikan kepadanya.
BACA: Orang Awam Dijemput Kongsi Pandangan Berkenaan Penguatkuasaan Terhadap Pemandu Mabuk
Tidak menafikan hak orang bukan Islam untuk mengambil minuman keras, Loke menegaskan mereka tiada hak untuk memandu dan membahayakan orang lain dan hukuman seberatnya perlu diambil kepada mereka.
Pemandu mabuk mesti dikenakan hukuman paling keras
Menurut Loke, ketika memegang jawatan Menteri Pengangkutan semasa Pakatan Harapan mentadbir Malaysia selama 22 bulan, beliau ada merangka beberapa cadangan pindaan ke atas Akta Pengagkutan Jalan 1987 bagi memperketatkan undang-undang melibatkan pemandu mabuk, termasuklah,
“Meminda Seksyen 44, iaitu memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol yang menyebabkan kematian boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan minimum 6 tahun.”
Selain daripada itu, pihak beliau juga ada mencadangkan untuk menggantung lesen pemandu mabuk yang menyebabkan kematian seumur hidup mereka.

Turut menegaskan bahawa bukan sekadar undang-undang yang ketat perlu diklaksanakan tetapi juga penguatkuasaan yang tegas dan berkesan.
“ Pihak penguatkuasa undang-undang mesti mempunyai tahap integriti yang paling tinggi dan menjalankan tugas. Without fear or favour.
Itulah sebabnya saya telah berbincang dengan ketua pengarah JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk melaksanakan pilot project di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mewajibkan semua penguat kuasa JPJ memakai body camera semasa menjalankan tugas.
Namun semua itu tinggal cadangan sekarang.”
Dua hari lalu, pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim menggesa kerajaan melaksanakan tindakan drastik dengan menggubal undnag-undang yang lebih tegas bagi menghukum pesalah yang memandu di bawah pengaruh alkohol.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1931061730360367
Sumber: FMT