
Pemandu Mabuk Langgar Orang Awam Di ‘Flying Kick’
Pemandu mabuk langgar orang awam di flying kick.
Isu pemandu mabuk memandu di jalan raya seakan tiada penghujungnya. Semalam, sekali lagi ada yang menjadi mangsa akibat sikap pentingkan diri mereka.
Daripada rakaman video oleh orang awam, kejadian yang berlaku di kawasan berhampiran Tesco Ampang di Lebuhraya MRR2 dari Pandan Indah menghala ke Ulu Klang itu adalah berpunca daripada seorang lelaki yang dipercayai mabuk.
Pada permulaan video, dapat dilihat kereta Honda putih berada di lorong tengah telah memasuki lorong kanan dan masuk semula ke lorong tengah sebelum terus masuk ke bahagian kiri jalan secara mendadak sehingga melanggar mangsa yang sedang menunggang basikal sebelum merempuh sebatang pokok kecil di kawasan berhampiran.
Seorang penunggang basikal cedera selepas bergesel dengan sebuah kereta yang dipandu terhuyung hayang oleh lelaki yang dalam keadaan khayal.
Kejadian berlaku di Lebuhraya MRR2 dari Pandan Indah menghala ke Ulu Klang berhadapan Tesco Ampang.
Video : Orang awam pic.twitter.com/qYqCwCLGQy
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 8, 2020
Menurut sumber, mangsa yang hanya mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
Manakala pemandu mabuk tersebut yang masih belum sedar dengan apa yang berlaku telah menyebabkan orang ramai merasa geram.
Gambar lokasi kejadian ihsan Info Roadblock JPJ/Polis:



Ada antara orang ramai yang terlalu geram dengan perbuatan lelaki tersebut tidak dapat menahan diri telah menendang beliau yang sedang duduk di tepi longkang.
Terdahulu pada Mei lalu, Kementerian Pengangkutan melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD) menyeru orang awam untuk mengisi soal selidik yang dijalankan secara dalam talian mengenai ‘Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk’.
BACA: Mereka Sangat Pentingkan Imej, Netizen Kongsi Ketegasan Jepun Ajar Pemandu Mabuk
Melalui satu kenyataan di Kuala Lumpur, BLPD memaklumkan soal selidik yang dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklum balas dan pandangan orang awam berhubung kandungan alkohol yang perlu dibenarkan dalam undang-undang atau peraturan yang akan dipinda di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Trending now



