Pemandu Lori Dikesan, Tapi Ganti Rugi Tak Boleh Dituntut Pemilik Kereta 3

Pemandu Lori Dikesan, Tapi Ganti Rugi Tak Boleh Dituntut Pemilik Kereta

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pemandu lori dikesan, tapi ganti rugi kereta tidak boleh dituntut.

Sejak semalam, tular sebuah video yang memaparkan lebih 10 buah kereta yang diparkir di bahu jalan di kawasan Kompleks E, Putrajaya mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori.

Kejadian yang disahkan berlaku oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

10 daripada pemilik kereta yang terbabit sudah pun membuat laporan di Ibu Pejabat Putrajaya manakala pemandu lori terbabit akan memberikan keterangan di lokasi sama bagi membantu siasatan.

Namun bagaimanapun, tiada sebarang tuntutan ganti rugi kereta boleh dibuat mangsa yang terlibat kerana laluan berkenaan sebenarnya telah digazetkan sebagai kawasan larangan memakir sebarang kenderaan.

Pemandu Lori Dikesan, Tapi Ganti Rugi Tak Boleh Dituntut Pemilik Kereta 1

Bagi mengelakkan kejadi tersebut berulang, pihak polis akan mengadakan operasi bagi menghalang pengguna meletakkan kenderaan mereka di sana dan sebarang ketidakpatuhan pada arahan berkenaan akan dikenakan saman.

BACA: Sengaja Buat-Buat Dilanggar Untuk Dapat Pampasan, Ini Taktik ‘Scam’ Yang Popular Di China

Tahukah anda, sebenarnya ada teknik mencuci kereta yang betul yang perlu diikuti bagi mengelakkan kerosakan pada cat kereta untuk jangka masa panjang.

Antaranya:

1. Cuci kereta di tempat teduh

Ramai beranggapan mencuci kereta semasa cuaca panas terik adalah waktu yang terbaik. Namun demikian, bahang cahaya matahari akan menyebabkan sisa sabun dan kotoran kering dengan lebih cepat sekaligus meninggalkan tompokan air (water spots).

Masa yang paling sesuai untuk mencuci kereta adalah pada awal pagi, lewat petang atau ketika cuaca redup atau sejuk.

2. Basuh dan bilas dari bahagian atas ke bawah

Selain itu, anda disarankan untuk cuci kereta bermula dari bahagian bumbung ke bahagian bawah.

Elakkan mencuci kereta bermula dari bawah ke bahagian atas, ia akan menyebabkan air sisa kotoran mengalir ke bawah semula dan meninggalkan kotoran yang boleh melekat pada bahagian yang sudah dicuci, lalu menyebabkan kerosakan pada cat kereta anda.

3. Sabun cuci kereta

Pemilihan sabun dan bahan pencuci kereta yang elok dapat mengelakkan kerosakan pada cat kereta anda. Bahan pencuci khusus untuk kereta mempunyai pH yang seimbang yang direka khas untuk melindungi dan mengelakkan calar pada permukaan bercat.

Kebanyakan pemilik kereta memilih untuk menggunakan sabun pencuci pinggan atau baju untuk mencuci kereta. Meskipun sabun pencuci pinggan jauh lebih murah dan boleh menghilangkan kotoran dan minyak pada badan kereta, ia boleh memberi impak negatif terhadap lapisan cat kereta anda.