Pemandu GrabFood Jadi Mangsa Hantar Syabu Pelanggan 3

Pemandu GrabFood Jadi ‘Kambing Hitam’ Hantar Pesanan Syabu Pelanggan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pemandu GrabFood kena game.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu, perkhidmatan runner semakin mendapat tempat bagi memudahkan urusan sepanjang tempoh perintah ini dilaksanakan.

BACA: Kompaun RM1,000 Dikenakan Kepada Individu Ingkar PKP Bermula Hari Ini

Namun, tak semua pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini jujur belaka.

Dalam satu perkongsian hantaran Facebook, pengguna Apan Meru berkongsi ada antara pemandu GrabFood yang jujur mencari rezeki menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

Disebabkan polisi tidak membenarkan mereka membuka bungkusan yang dihantar, ada yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk menghantar barangan terlarang seperti dadah.

“Jangan game rider.”

https://www.facebook.com/apanmeru16/posts/3087322017979945?__cft__[0]=AZVLK-YObNgzY9Nd7BvvXehXCaXm1XXe9Xz8TXT68N-2xjT7AhFE_0a52Pgj-Q01jEKmNxMHQi3m_jgunQMBN2HwcR3O3ol4C3Cd_vTR3PtlZqXdqETumWGv9DKPSGZ_7T8&__tn__=%2CO%2CP-R

Turut terkejut bahawa bungkusan yang dibawa adalah barangan terlarang, pemandu GrabFood berkenaan dilepaskan namun pelanggan berkenaan sempat melarikan diri selepas mengetahui lokasinya dikesan pihak polis.

https://www.facebook.com/apanmeru16/posts/3087356317976515

Disebabkan kejadian ini, setiap runner yang melalui sekatan jalan raya akan diperiksa terlebih dahulu sebelum dilepaskan bagi meneruskan perjalanan menghantar pesanan pelanggan.

Turut menasihati runner lain agar tidak menerima pesanan yang mencurigakan kejadian ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai, yang mana rata-rata daripada netizen meluahkan rasa simpati kepada rider yang menjadi mangsa kesempatan pihak tidak bertanggungjawab ini.

Pemandu GrabFood Jadi Mangsa Hantar Syabu Pelanggan 1
Sumber: Apan Meru

Sepanjang tempoh PKP ini perkhidmatan penghantaran hanya dibenarkan sehingga jam lapan malam sahaja, dan ini termasuklah syarikat penghantaran seperti Grab, FoodPanda, BungkusIt dan sebagainya.

Memasuki fasa kedua pada 1 April lalu, kuat kuasa undang-undang kali ini akan lebih tegas bagi memastikan rakyat Malaysia mematuhi perintah yang dikeluarkan kerajaan dalam usaha memerangi jangkitan penularan COVID-19.

Bermula semalam, kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada pesalah yang ingkar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan. Sekiranya enggan membayar, pesalah dibenarkan untuk meminta dirinya dibicarakan .

Mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Akta 324) pesalah yang ingkar adalah penjenayah.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini hanya akan tamat apabila kerajaan percaya jangkitan COVID-19 sudah dapat diputuskan daripada menular di Malaysia, dan selagi tahap peratusan kepatuhan rakyat masih rendah maka tidak mustahil ini akan dilanjutkan sehingga ke satu masa lagi, yang mana akan ditentukan pada Jumaat (10 April) ini.