Pemandu Ambulans Perkosa Pesakit COVID-19 Dalam Perjalanan Ke Hospital

Pesakit COVID-19 Diperkosa Ambulans

Pemandu Ambulans Perkosa Pesakit COVID-19 Dalam Perjalanan Ke Hospital.

Sanggup memperkosa untuk melampiaskan nafsu walaupun mangsa merupakan pesakit penyakit berjangkit berbahaya ketika ini.

Itulah yang dilakukan oleh pemandu ambulans yang memperkosa seorang pesakit COVID-19 ketika dalam perjalanan ke hospital, Sabtu lalu.

Kejadian itu berlaku di Kerala, India apabila dua wanita daripada sebuah keluarga diuji positif COVID-19 pada petang Sabtu dan mereka diarah untuk ke pusat kesihatan dengan ambulans.

Salah seorang daripada wanita itu dimasukkan ke pusat kemudahan COVID-19 manakala seorang lagi diarah dihantar ke sebuah hospital lain, kira-kira empat kilometer jauhnya.

Ketika itu, tiada anggota keluarga yang mengiringi mereka. Pemandu berkenaan kemudian mengambil jalan sejauh 18 kilometer.

Dalam perjalanan itu, suspek telah memberhentikan ambulans di sebuah kawasan sunyi dan memperkosa pesakit yang berusia 22 tahun dalam kenderaan, kata polis.

Pemandu itu mengancam akan melakukan sesuatu yang buruk jika mangsa melaporkan kejadian itu.

Namun, mangsa telah memaklumkan kejadian tersebut pada doktor ketika dimasukkan ke hospital, sebelum menghubungi pihak polis. Pemeriksaan perubatan yang dijalankan mengesahkan serangan seksual tersebut.

Polis yang menyiasat kes berkenaan mendapati suspek yang berusia 29 tahun itu pernah terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk cubaan membunuh dan kini sudah ditahan.

Pesakit COVID-19 Diperkosa Ambulans

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga Kerala, KK Shailaja menyifatkan kejadian itu tidak berperikemanusiaan dan mahu siasatan dijalankan bagaimana individu yang mempunyai rekod jenayah diberi pekerjaan itu.

Supritendan Polis, Pathanamthitta berkata, jenayah itu dirancang kerana pemandu telah mengambil jalan yang panjang.

“Kami sedang mengumpul bukti dan dia akan berdepan dengan hukuman berat,” katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa menjalani proses kaunseling di pusat rawatan sama untuk COVID-19.

BACA: Pembuat Filem Ini Cadang Kerajaan India ‘Halalkan’ Jenayah R*gol

India kini merekodkan jumlah kes COVID-19 kedua tertinggi di dunia, mengatasi Brazil hari ini apabila mencatatkan lebih 4.2 juta jangkitan yang disahkan ketika wabak itu melonjak di seluruh negara Asia Selatan.

Sumber: India Times