
Pemain Bola Sepak Tragedi Banjir Gua Tham Luang, Thailand Meninggal Dunia
Duangphet Promthep, pemain bola sepak yang pernah terperangkap di dalam banjir Gua Tham Luang, Thailand pada 2018 dilaporkan meninggal dunia pada usia 17 tahun di England.
5 tahun dahulu, beliau bersama rakan pasukan bola sepak, Wild Boars dan jurulatihnya telah terperangkap di dalam Gua Tham Luang akibat hujan yang lebat.
Kes ini telah menjadi perhatian dunia sehingga pasukan penyelamat seluruh dunia bersatu untuk menyelamatkan mereka di dalam misi yang sangat mencabar.
Hujan lebat memenuhi pintu masuk gua, mendorong kumpulan itu masuk lebih ke dalam gua yang kompleks untuk mengelakkan lemas dan akhirnya mengakibatkan mereka terperangkap.
Proses menyelamat memakan masa seminggu yang melibatkan Thai Navy Seals, pakar penyelam gua dari seluruh dunia dan pekerja dari beberapa agensi kerajaan, dan penggunaan pam untuk mengekalkan paras air.
Tragedi ini telah dirakamkan menjadi sebuah filem bertajuk ‘Thai Cave Rescue‘ yang boleh ditonton di Netflix dan Disney+.
Beliau kemudiannya berpindah ke England pada 2022 selepas mendapat biasiswa ke Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House di Leicestershire di England, kira-kira 75 batu barat laut London.
Tiada punca kematian dinyatakan, namun guru beliau di akademi tersebut mendapati beliau tidak sedarkan diri di bilik asramanya pada petang Ahad. Dia meninggal dunia di hospital selepas tiada tindak balas.
Trending now



