Pemain Bola Keranjang Dedah Bagaimana Beliau Berparti Bersama Kim Jong-un 1

Pemain Bola Keranjang Dedah Bagaimana Beliau Berparti Bersama Kim Jong-un

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini, pemain bola keranjang Amerika Syarikat, Dennis Rodman mendedahkan bagaimana beliau dan rakannya yang juga Pemimpin Agung Korea Utara, Kim Jong-un berparti.

Berkenalan dengan Kim Jong-un pada tahun 2013, Rodman yang pada ketika itu Duta Amerika Syarikat ke Korea Utara. Pada awalnya, Jong-un mahukan Michael Jordan untuk hadir ke negara republiknya, namun permintaannya ditolak dan digantikan dengan Rodman.

Sama-sama berkongsi minat dalam sukan bola keranjang, Rodman menyifatkan pengalaman Pemimpin Agung itu sebagai yang berbeza. Pertama kali menjejakkan kaki ke Korea Utara, kehadiran pasukan keselamatan menyebabkan beliau merasakan seperti seorang tahanan.

Di arena gelanggang, kesemua yang ada di sana akan berdiri dan bertepuk tangan sewaktu Jong-un melangkah masuk ke stadium.

Pemain Bola Keranjang Dedah Bagaimana Beliau Berparti Bersama Kim Jong-un
Sumber: The Sun

“Tepukan yang sangat kuat dan mereka bersorak. Pada awalnya saya ingatkan mereka melakukan untuk saya jadi saya melambai ke arah pengunjung. Namun seseorang memberitahu saya, sorakan dan tepukan berkenaan adalah untuk Kim Jong-un (menunjuk ke arah).”

Pemain bola keranjang itu kemudiannya diajak untuk makan malam dan berhibur bersama Jong-un dengan kehadiran alkohol dan beberapa gadis cantik.

“Let’s have dinner tonight, a little karaoke and have some vodka, some hotties’ and stuff like that.” – Kim Jong-un

Terdahulu, Pemimpin Agung Korea Utara itu terkait dengan kontroversi sudah meninggal dunia selepas 20 hari menghilangkan diri daripada khalayak umum untuk menjalani pembedahan kardiovaskular.

BACA: Ini Yang Akan Berlaku Di Korea Utara Sekiranya Kim Jong-un Dilaporkan Meninggal Dunia

Berita itu kemudiannya disangkal selepas Jong-un membuat kemunculan di majlis perasmian pembukaan kilang baja di Suncheon pada 1 Mei lalu.

Sumber: The Sun