
Pelukis Ilustrasi Malaysia Kritik Penghasilan Watak ‘Sun Bird’ Dalam Marvel Future Fight
Hujung Oktober lalu, Netmarble Games telah mengumumkan kumpulan Warriors of The Sky untuk permainan video Marvel Future Fight di Thailand Games Show yang terdiri daripada empat watak adiwira Asia, Avengers Asia iaitu Sun Bird (Malaysia), War Tiger (Thailand), Blue Dragon (Vietnam) dan Shadow Shell (Taiwan).
BACA: Kenali ‘Sun Bird’, Adiwira Pertama Malaysia Dalam Permainan Video Marvel Future Fight
Walaupun perkhabaran ini mengujakan rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan peminat Marvel, namun ada juga yang berbeza pendapat mengenai penghasilan ilustrasi Sun Bird ini antaranya dua orang pelukis komik dan ilustrasi terkenal di Malaysia iaitu Adijin dan Zid.
Adijin atau nama sebenarnya Aadi Salman merupakan seorang pelukis ilustrasi dan komik yang terkenal dengan hasil karyanya di Urban Comics iaitu majalah komik yang diterbitkan sendiri di Malaysia pada Mac 2001. Beliau juga merupakan seorang artis seni konsep di Unisoft Montreal bagi permainan video Far Cry 4 dan Watch Dogs 2.
Manakala Zid atau nama sebenarnya Mohammad Yazid pula merupakan pelukis komik Malaysia yang banyak menghasilkan karya di peringkat antarabangsa dan terkenal dengan karya-karya untuk Legendary Comics seperti Skull Island: The Birth of Kong, Lost In Space: Coundown to Danger dan Carnival Row: From the Dark.
Sebagai pelukis ilustrasi, Adijin dan Zid sekadar meluahkan pendapat mereka yang turut sama berkecimpung dalam bidang ‘lukisan’ ini.
Pada pendapat anda, adakah watak Sun Bird sudah cukup melambangkan identiti Malaysia?
Sumber: Aadi Salman, Zid, Buzz Pop
Senarai filem arahan terbaik Quentin Tarantino.
Quentin Tarantino – Senarai Filem Arahan Terbaik Beliau
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.