PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

Pelonggaran SOP PKP Semasa PKPP Akan Diperketatkan Semula

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pelonggaran SOP PKP semasa PKPP akan diperketat semula.

Kerajaan hari ini bersetuju secara dasar mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keputusan tersebut diambil dengan persetujuan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP susulan bimbang dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dalam tempoh seminggu ini.

Perincian SOP yang akan dibincangkan bersama jawatan kuasa teknikal dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri pada Isnin hadapan selain daripada SOP untuk Hari Raya Aidiladha yang akan disambut Jumaat hadapan.

Menteri Langgar PKP

Sama seperti sambutan Adilfitri lalu, pematuhan SOP akan sipantau oleh pihak polis yang mana sekiranya didapati berlakunya pelanggaran, tangkapan dan tindakan akan dilakukan terus.

Dua hari lalu, beliau memberitahu buat masa sekarang keputusan membenarkan aktiviti kunjung mengunjung untuk Aidiladha, namun tidak menolak kemungkinan akan berlakunya perubahan sekiranya berlaku peningkatan kes dalam tempoh beberapa hari akan datang.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1984761934990346/?type=3&theater

Masih ingat lagi apa yang berlaku susulan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam 16 Mac lalu?

BACA: Perintah Kawalan Pergerakan: Rakyat Malaysia Sedang Lakukan Yang Sama Seperti Penduduk Wuhan

Orang ramai berpusu-pusu melakukan perancangan pulang ke kampung sehingga menyebabkan balai polis sesak dengan kehadiran mereka yang mahu memohon untuk melakukan pergerakan rentas negeri.

Sedangkan semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan merupakan satu langkah besar yang memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakannya bagi mencegah penularan wabak.

 

Sumber: Bernama