shimura ken

Pelawak Terkenal Jepun, Shimura Ken Meninggal Dunia Kerana COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pelawak terkenal serta merupakan lagenda Jepun, Shimura Ken telah meninggal dunia akibat COVID-19. Beliau meninggal dunia pada usia 70 tahun. Ini menjadikan beliau merupakan selebriti pertama akibat penyakit ini.

Shimura Ken telah dikejarkan ke hospital Tokyo 20 Mac lalu selepas beliau didapati memiliki tanda gejala COVID-19 iaitu selepas mengalami demam dan masalah pernafasan.

Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 29 Mac akibat daripada serangan wabak COVID-19 ini.

shimura ken

Kematiannya, telah disempurnakan oleh pihak hospital dan pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga dan para peminatnya. Berita kematian beliau di sambut sedih oleh segenap rakyat Jepun dan peminat beliau apabila beberapa orang daripada mereka telah berkumpul di luar hospital tempat dia dirawat.

Shimura Ken merupakan seorang pelawak terkenal di Jepun bahkan seluruh dunia. Beliau memulakan kerjaya pada era 70an dan masih lagi menghiburkan para peminatnya sehingga tahun 2020 ini.

Video pelawak Jepun ini juga popular di kalangan rakyat Malaysia melalui saluran YouTube. Antara watak popular yang sering dibawa oleh beliau adalah seperti Henna Ojisan (変なおじいさん)serta sering bersama dengan seekor beruk yang bijak, Pan-kun (パンくん) dalam rancangan Shimura Doubutsuen (Shimura Zoo).

Sehingga kini, Jepun telah mencatatkan kes positif COVID-19 sebanyak 1,953 dengan jumlah kematian seramai 56 orang. Jumlah ini adalah lebih sedikit daripada kes jangkitan yang berlaku di Malaysia. Di Jepun, hanya kawasan Hokkaido sahaja yang mengalami kes positif COVID-19 yang teruk sehingga memaksa kerajaannya mengarakahkan total lockdown kepada penduduk kepulauan tersebut.

Untuk rekod, sebanyak lebih 780,000 kes positif COVID-19 telah berlaku seluruh dunia dengan kematian direkodkan seramai lebih 37,000 orang. Amerika Syarikat terus merekodkan data positif kes COVID-19 teramai di dunia dengan mencatatkan sebanyak lebih 160,000 kes. Ini diikuti rapat oleh negara Itali dan Sepanyol.

Di Malaysia pula, kes positif COVID-19 telah mencatat rekod sebanyak 2,626 kes. Ini menyebabkan kerajaan Malaysia telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April. 3 kawasan telah dikenakan tindakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) iaitu di Simpang Renggam, Hulu Langat dan Menara City One, Kuala Lumpur.