Pelarian Syria Nekad Jual Buah Pinggang Demi Beli Khemah Teduhan Lapan Anak

Seorang lelaki yang merupakan pelarian Syria nekad menjual buah pingangnya semata-mata bagi membeli sebuah khemah untuk lapan orang anaknya berteduh.

Kisah beliau yang diceritakan wartawan foto, Aref Wedd di laman Facebook miliknya menunjukkan lelaki berkenaan, Jamal Baroud memegang plakad menawarkan pembelian organnya.

BACA: Anak Syria Kudung Kaki Kanan Akibat Serangan Bom Terima Kasut Bola Dari Mo Salah

Jamal sebelum ini bekerja sebagai tukang jahit ditahan atas alasan kegiatan revolusinya dan diseksa sehingga patah leher yang menyebabkan beliau tidak dapat bekerja.

Selepas berpindah, Jamal memberitahu keluarganya tidak mempunyai tempat tinggal. Walaupun sudah merayu kepada setiap organisasi bantuan kemanusiaan adalah gagal.

Pelarian Syria

Lapan orang anaknya yang sudah dua tahun tidak bersekolah masing-masing turut mempunyai masalah kesihatan antaranya masalah buah pinggang, tumbesaran, sawan dan sebagainya.

Hantaran Aref kemudiannya menjadi tular dan Jamal ditawarkan pelbagai bantuan oleh orang ramai. Enggan menerima bantuan kewangan, Jamal hanya mahukan rawatan untuk anak-anaknya.

Pernah terfikir untuk membunuh diri supaya anak-anaknya mampu berehat, Jamal akui tidak sanggup melihat anak-anaknya mati akibat kelaparan dan kesejukan.

BACA: Elak Rasa Takut, Lelaki Ini Ajar Anak Ketawa Setiap Kali Terdengar Bunyi Bom

Memasuki tahun kesembilan, kegagalan mencapai kata diplomasi menyebabkan berlakunya perang saudara antara Turki dan Rusia sehingga menyebabkan kawasan barat laut Syria, Idlib dihujani bom. Lalu lahirlah mereka sebagai pelarian Syria.

Sumber: Zamanalwsl