
Pelancong China Akan Diajar Bagaimana Untuk ‘Berkelakuan’ Di Malaysia – Ketua Diplomat
Beberapa tahun belakangan ini, isu pelancong China yang tidak menghormati budaya di Malaysia bukanlah satu isu yang asing lagi.
Daripada membuat kecoh di pusat beli belah, lapangan terbang hinggalah kepada aspek penjagaan kebersihan dan keindahan di Malaysia, kebanyakkan melibatkan pelancong ini.
Beikutan dengan banyak laporan yang diterima, Ketua Diplomat China, Bai Tian memberitahu kerajaan China tidak akan bertolak ansur dengan salah laku yang dilakukan oleh rakyat China di Malaysia dan akan mendidik rakyat mereka untuk bersikap lebih baik di Malaysia.
Beliau yang juga Duta China ke Malaysia memberitahu semasa forum China’s Belt Road Initiative (BRI), pelancong China yang datang ke Malaysia dan tidak menghormati sensitiviti masyarakat di Malaysia telah menyebabkan kerajaan China mendapat malu.
“Orang China mempunyai tamadun sejak 5,000 tahun dahulu dan kita (rakyat China) tahu bagaimana untuk berperilaku dengan baik dan tidak menyinggung orang lain.”
Untuk pengetahuan anda, pada tahun lalu, pelancong China telah membelanjakan lebih RM12.3 bilion di Malaysia dan kadar ini menyebabkan kedutaan China lebih prihatin dengan salah laku yang dilakukan oleh rakyat mereka.
Ban Tian turut menyentuh isu tahun lalu yang mana dua orang pelancong China telah ditangkap pegawai pelancongan tempatan gara-gara perbuatan menari di hadapan sebuah masjid di Sabah.
Sepatutnya rakyat China bukan hanya perlu diajar bagaimana untuk berperilaku di Malaysia sahaja, tetapi turut di dunia kerana nama China telah ‘busuk’ kerana perbuatan tidak bertamadun mereka.
Sumber: South China Morning Post
Pembongkaran lokasi rahsia kota London oleh pengarah Last Christmas.
LAST CHRISTMAS | Dari Pengarah Paul Feig
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



