
Pelaku Langgar Lari Dan ‘Kantoi’ Pusing Cerita, Wanita Ini Kongsi Pentingnya Ada Dashcam Kereta
Wanita Ini Kongsi Pentingnya Ada Dashcam Kereta.
Apabila berlaku kemalangan dan pergaduhan di jalan raya, masing-masing akan saling menunding jari dengan mempertahankan diri mereka tidak bersalah.
Pemandu yang tidak bersalah sekalipun sukar untuk membuktikan berada di pihak benar dan bukan dirinya yang menjadi punca masalah itu.
Dalam banyak kes, pesalah jalan raya sukar dipastikan melainkan melalui rakaman foto atau video.
Pemasangan kamera dashboard atau dashcam di dalam kenderaan bukan sekadar aksesori semata-mata, malah ia mampu menyimpan bukti sekiranya berlaku kemalangan di jalan raya.
Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai rakaman insiden pelanggaran menerusi dashcam pemilik sebuah kereta yang terlibat dalam kejadian yang berlaku di sebuah lebuh raya dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
Malah, si pelaku tidak bertanggungjawab dengan terus meninggalkan tempat kejadian selepas meremukkan bahagian belakang kenderaan terbabit.
Namun, apa yang membuatkan mangsa tidak berpuas hati apabila si pelaku cuba untuk berdolak dalih dengan menyalahkan kereta hadapan semasa dihubungi pihak polis.
Bagaimanapun, cubaan si pelaku itu gagal apabila polis telah pun menerima bukti rakaman dashcam daripada mangsa terlebih dahulu.

Kejadian itu dikongsikan oleh Nur Syafiqah di laman Facebook untuk menyatakan betapa pentingnya penggunaan dashcam ketika ini.
Kena ingat. Zaman sekarang ni ramai pemandu gila dekat luar sana. Jangan husnuzon sangat, bila mana kita dah cukup berhati2, akan muncul orang lain yang tidak berhati2, dan terus langgar kita. Sudahlah langgar kita, disalahkan kita pulak.
Jadi mana lagi bukti kukuh kita nak dapat utk menang kes kalau bukan dashcam?
Aku mangsa keadaan. Alhamdulillah semua berjaya direkod dengan jelas dan telah diserahkan kepada pihak polis.
Boleh lihat video, aku bawa kereta disebelah kiri, dgn kelajuan bawah 90km. Aku mmg nampak blkg dari cermin sisi, kereta belakang datang laju. Like laju gila 120km kot. Dan terus bang langgar kereta aku sebelah kanan terus melulu ke depan tanpa berhenti. Ye, mmg langgar lari. Bukti terang lagi bersuluh, depan belakang ada cctv.
@chelladean
Walaupun tidak berlaku sebarang kecederaan, namun kejadian itu telah memberikan kesan trauma kepadanya akibat terkejut.
Wanita itu mengatakan si pelaku tidak mengaku bersalah ketika dihubungi polis. Pemandu tersebut turut membuat laporan polis selepas kejadian namun telah memutar cerita.
Selesai report polis, dipendekkan cerita, ptg sikit sarjan tu ckp dekat aku, owner kereta tu buat report polis jugak dekat trafik Muar. Jauh betul buat report ye. Kereta dia hancur depan, bumper tercabut tapi terus laju je sampai Muar. Bila aku tanya apa yg dia report, sarjan ckp “dia ckp awak dari lorong kanan msuk ke lorong kiri..pstu dia rapat awak terus jln je”.
Difahamkan, kes tersebut selesai yang mana si pelaku telah pun dikenakan saman. Dalam pada itu, Syafiqah mengatakan insiden itu dijadikan pengajaran betapa pentingnya penggunaan dashcam lebih-lebih lagi jika berlaku situasi sedemikian.
BACA: Bateri Atau Kapasitor: Mana Lebih Berbaloi Untuk Pilih Dashcam?
Sumber: Facebook Nur Syafiqah
One comment
Comments are closed.
[…] yang turut dirakam oleh dashcam salah sebuah kereta tersebut turut memperlihatkan seorang lelaki yang terlibat iaitu seorang […]