
Pelakon Suara Animasi Pokemon Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Merupakan salah satu hidangan pencuci mulut klasik di Perancis, créme brúlée amat digemari buat penggemar krim kastard.
Dilapisi dengan gula hangus keras di bahagian atas, ini resipi mudah masak hidangan pencuci mulut ini dengan menggunakan air fryer.
Bahan-bahan:
*3/4 cawan susu segar
*1 1/2 cawan heavy whipping cream
*3/4 cawan gula
*8 biji kuning telur
*1 sudu kecil esen vanilla
*7 sudu teh gula, untuk topping
Cara masak:
1. Masak susu dan heavy whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biarkan suam dan ketepikan.
3. Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. Tapiskan ke dalam bekas remekins. Bahagikan campuran sama rata. Susun di dalam loyang air fryer.
4. Masukkan ke dalam air fryer, bakar dengan suhu 160 darjah selama 25 minit.
6. Keluarkan dari air fryer dan sejukkan kira-kira 30 minit sebelum disimpan dalam chiller. Tutup dengan plastik cling.
Tip:
- Sediakan kastard lebih awal, sejukkan dalam chiller.
- Jika tiada kitchen torch, taburkan gula bila dah masak, dan masak sekali lagi dengan suhu 200 darjah dalam masa lima minit.
