
Pelakon Star Wars, Andrew Jack Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Andrew Jack yang membawa watak General Ematt menerusi filem Star Wars meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat komplikasi daripada penyakit bawaan COVID-19.
Wakil kepada pelakon itu Jill McCullough berkata Jack meninggal dunia di sebuah hospital di Surrey, United Kingdom.
Isteri mendiang, Gabrielle Rogers mengesahkan bahawa Jack telah disahkan positif COVID-19 sejak dua hari lalu.
https://www.instagram.com/p/B-YrwtKnyXS/
Sepanjang kariernya, mendiang Andrew Jack pernah membintangi beberapa siri dalam filem itu termasuk “Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi“, “Solo: A Star Wars Story” dan “Star Wars: Episode VII – The Force Awakens“.
Selain berlakon, Andrew Jack turut bekerja sebagai jurulatih dialek dan pernah tinggal di dalam rumah bot Thames. Antara pelakon yang yang pernah menjalani latihan dialek bersamanya ialah Robert Downey Jr dan Chris Hemsworth.
Ini merupakan kes kedua pelakon Hollywood meninggal dunia akibat COVID-19. Sebelum ini, Mark Blum, 69, yang pernah membintangi filem “Desperately Seeking Susan”, “Crocodile Dundee” dan terbaharu siri TV “YOU”, meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian selepas didiagnosis dijangkiti virus itu
Sementara itu, pelakon terkemuka Hollywood Idris Elba, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson mengesahkan mereka positif jangkitan COVID-19.
Untuk rekod, Amerika Syarikat terus merekodkan kes positid COVID-19 yang tertinggi di dunia mengatasi negara pembawa penyakit ini iaitu China. Sebanyak lebih 780,000 kes positif COVID-19 telah berlaku seluruh dunia dengan kematian direkodkan seramai lebih 37,000 orang.
Di Malaysia pula, kes positif COVID-19 telah mencatat rekod sebanyak 2,626 kes. Ini menyebabkan kerajaan Malaysia telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April. 3 kawasan telah dikenakan tindakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) iaitu di Simpang Renggam, Hulu Langat dan Menara City One, Kuala Lumpur.
Sumber: Astro Awani