ng man tat

Pelakon Lagenda Hong Kong, Ng Man Tat Meninggal Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pelakon veteran serta lagenda Hong Kong, Ng Man Tat, 70 dilaporkan meninggal dunia akibat kanser hati pada pukul 5 petang di Union Hospital, Hong Kong.

Seluruh ahli keluarga dilaporkan bersamanya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

ng man tat

Stephen Chow, rakan seperjuangan dalam arena seni perfileman Hong Kong bergegas ke lokasi apabila mendapat pengkhabaran akan kematian beliau.

Ng Man Tat memulakan karier lakonan pada tahun 1975 dan telah membintangi banyak filem hebat Hong Kong. Kebanyakkannya beliau akan berlakon bersama Stephen Chow. Antara filem lakonan beliau adalah “God of Gamblers”, “Fight Back To School”, “Hail The Judge”, “God of Cookery” dan “Shaolin Soccer”.

https://www.facebook.com/GSCinemas/posts/10159778701862275?__cft__[0]=AZU7bJAMspkvnWvuxnoyIvT9yetta9kqu5dgouMdOCZI5UYDHcsH0HttgFqkSFoJ8dkSVHH5JqGJ48rdTCAf1dRlKD-jD2Eez7oZzeE2lPhnamEbRaT_Kmp34WIE-6fpZkx-PRhuyBCsR8C4oL5r6iRx&__tn__=%2CO%2CP-R

Kepada rakyat Malaysia yang menonton filem Shaolin Soccer pasti mengenal watak beliau sebagai seorang jurulatih pasukan bola sepak miliknya. Telatahnya yang kelakar ketika membawa watak dalam cerita-cerita yang dilakonkan pasti tidak akan dilupakan oleh seluruh peminatnya seluruh dunia.

Rakannya, Stephen Chow sedang berusaha untuk menghasilkan filem “Kungfu Hustle 2” yang kini sedang giat menjalankan penggambaran.