Pelakon Alih Suara Animasi Doraemon Meninggal Dunia 5

Pelakon Alih Suara Animasi Doraemon Meninggal Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pelakon alih suara animasi Doraemon, Nurhasanah Iskandar dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai lalu pada usia 62 tahun.

BACA: Pintu Doraemon Boleh Wujud Dengan Asas Teori Sains? Baca Keterangan Ahli Fizik Ini

Terkenal sebagai seorang pelakon alih suara animasi Doraemon ke Bahasa Indonesia, berita pemergian Nurhasanah disahkan oleh anaknya menerusi satu hantaran di Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/CCiTV7Whlhh/?utm_source=ig_embed

Sudah lama menderita strok sejak 2017, menurut anak lelaki arwah, Nurhasanah memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau yang sudah mengalih suara watak Doraemon selama 25 tahun ini aktif dalam bidang alih suara sejak tahun 1993 hingga 2017 mengundur diri daripada bidang alih suara pada 2018 kerana masalah kesihatan yang dialaminya dan digantikan oleh anaknya Dana Robbyansyah.

Pelakon Alih Suara Animasi Doraemon Meninggal Dunia
Sumber: Anime News Network

Turut memiliki kerjaya sebagai wartawan dan penyiar berita untuk Radio Republik Indonesia (RRI), Nurhasanah juga aktif menghasilkan drama radio semasa pembabitan awalnya dengan stesen radio berkenaan.

Doraemon merupakan sebuah manga Jepun terlaris di dunia dengan jualan sebanyak 100 juta salinan. Manga hasil Fujiko F. Fujio ini kemudiannya dijadikan sebagai siri animasi yang sehingga kini menjadi kegemaran dunia.

Pelakon Alih Suara Animasi Doraemon Meninggal Dunia 1

15 Mei lalu, Studio Ghibli mengesahkan bahawa salah seorang pelakon suara Pokemon meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19.

BACA: Pelakon Suara Animasi Pokemon Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Kumiko Okae, pelakon alih suara watak Jenny yang juga merupakan pengacara terkenal di Jepun meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 pada usia 63 tahun selepas keadaannya semakin teruk selepas menjalani terapi radiasi pada Januari lalu yang telah melemahkan sistem imunnya.

Sumber: Coconut