
Pelajar Thailand Ini Sanggup Ponteng Sekolah Demi ‘Perangi’ Plastik
Dunia semakin tenat.
Dua puluh tahun dahulu saintis pernah mengeluarkan amaran mengenai bahaya kepada alam sekitar dan tahun ini sahaja banyak berita mengenai pencemaran alam sekitar yang semakin membimbangkan.
Dengan pelbagai masalah dan isu global yang sukar untuk ditangani, mungkin kita boleh membuat perubahan itu bermula dengan diri kita sendiri. Seperti pelajar perempuan dari Thailand ini sanggup ponteng sekolah demi memainkan peranan mengutip sampah sarap di terusan Bangkok yang kotor.
Ralyn Satidtanasarn, 16 tahun atau lebih mesra dipanggil Lilly sering menyertai aktiviti pembersihan sampah di sekitar Thailand.
Pada Jun lalu, Lilly memperoleh kejayaan pertama apabila berjaya memujuk Central, sebuah pasar raya besar di Bangkok untuk berhenti mengedarkan beg plastik kepada pelanggannya sekali dalam seminggu.
“Saya berkata kepada diri, sekiranya kerajaan enggan mendengar, saya harus bercakap terus dengan pihak yang mengedarkan beg plastik dan meyakinkan mereka untuk berhenti,” katanya.
Thailand adalah penyumbang global keenam terbesar kepada pencemaran laut dan plastik sebagai satu ‘bencana’ dengan purata seorang penduduk Thailand menggunakan lapan beg plastik setiap hari.
Sama ada digunakan untuk membungkus makanan atau barangan runcit, penduduk Thailand menggunakan 3,000 plastik sekali guna setiap tahun, 12 kali lebih banyak daripada penduduk Kesatuan Eropah (EU). Hal ini membuatkan Lilly optimis dengan misi memerangi penggunaan plastik di negara itu.
Lilly mula berkempen sejak berusia 8 tahun selepas satu percutian keluarga di selatan Thailand apabila dia melihat kawasan pantai dipenuhi sampah sarap.

Mendapat inspirasi daripada aktivis muda terkenal dari Sweden, Greta Thunberg, Lilly turut duduk di hadapan bangunan kerajaan Thailand bagi menyampaikan mesejnya.
“Greta Thunberg memberi saya keyakinan. Apabila orang dewasa tidak berbuat apa-apa, kanak-kanak harus bertindak,” katanya.

Sering menyertai aktiviti pembersihan anjuran persatuan tempatan dikenali sebagai Trash Hero, Lilly juga mendapat sokongan ibu bapa yang membantunya menulis ucapan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pegawai kerajaan.
Ibu Lilly yang juga merupakan bekas aktivitis alam sekitar menganggap minat anaknya itu hanyalah sementara namun apabila melihat kesungguhan Lilly, beliau mengambil keputusan untuk sentiasa menyokongnya.
Sejak kematian seekor dugong diberi nama Mariam meraih perhatian warga media sosial, ia menjadi perdebatan dalam kerajaan berhubung cadangan larangan terhadap kebanyakan plastik sekali guna.
Sumber: Coconuts
Rambo: Last Blood akan jadi penampilan terakhir Sylvester Stallone.
Rambo: Last Blood (2019 Movie) New Trailer— Sylvester Stallone
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.