
Pelajar Pintar Dari Malaysia Dapat Tawaran Sambung Belajar Di 10 Universiti Berprestij Dunia
Pelajar Pintar Dapat Tawaran Sambung Belajar Di 10 Universiti Berprestij Dunia
Hari demi hari kita mendengar kejayaan anak kelahiran Malaysia menempa kejayaan yang membanggakan seluruh Malaysia.
Yugendran Rajaendran, anak jati dari Klang berumur 20 tahun menerima tawaran melanjutkan pelajaran di 10 daripada 15 universiti berprestij di dunia.
Apa yang lebih menakjubkan, 10 universiti terbabit adalah antaranya Yale University, King’s College London, University of California Los Angeles (UCLA), New York University (NYU) and Columbia University, Stanford University dan banyak lagi.
Kerana minatnya lebih mendalam terhadap subjek Matematik – sudah menguasai asas peratus sewal usia 4 tahun, Yugendran memilih untuk mengejar double degree dalam Bioengineering and Mathematical and Computational Science di Stanford University, California dan akan menjadi satu-satunya pelajar Malaysia di universiti kedua terbaik dunia itu.
“Sangat teruja. Sejak saya kecil, saya selalu tertanya-tanya apa yang istimewa tentang universiti terkemuka dunia ini.
“Kemudian saya menyedari bahawa ini adalah peluang untuk berada di sekeliling orang-orang cemerlang, kemudahan dan komuniti di universiti-universiti ini. Ia dapat mendorong saya ke tahap yang lebih tinggi,” kata Yugendran dalam temu bual bersama Malay Mail.
Beliau mendapat keputusan memberangsangkan iaitu 11A semasa SPM, kemudiannya menyambung pelajaran di peringkat A-Level di Epsom College, Negeri Sembilan.
Di sebalik kejayaan cemerlangnya itu, Yugendran membesar di dalam keluarga yang low profile dan penuh berdisiplin . Ayahnya seorang mekanik motorsikal manakala ibunya pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

Mereka sentiasa memastikan anak-anak mereka memiliki semangat belajar yang tinggin selain berusaha keras untuk berjaya. Hasilnya tiga dari kakak Yugendran kini berkecimpung dalam dunia perubatan.
Mengambil semangat kakak-kakaknya Yugendran bagaimanapun mahukan sedikit perubahan di mana dia bercita-cita untuk menjadi seorang saintis perubatan dan sebab itulah beliau memilih Standford University berbanding institusi berprestij yang lain.
Yugendran berharap dapat melakukan yang terbaik atas pencapaiannya untuk membantu masyarakat ke arah kualiti hidup lebih baik, beraspirasi untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam penjagaan kesihatan tempatan.
Semoga berjaya!
Sumber: Malay Mail
Trending now



