Pelajar Pakistan Cipta Kasut Pintar Untuk Orang Cacat Penglihatan

Pelajar Pakistan Ini Cipta Kasut Pintar Untuk Orang Buta

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar.

Pakistan dianggap sebagai negara yang banyak melahirkan doktor dan jurutera dan kini turut melangkah dalam dunia kemajuan teknologi. Seorang pelajar Muslim yang menceburi bidang IT dari Faisalabad, Shanza Munir telah mencipta kasut khas untuk golongan cacat penglihatan.

Menurut laporan media tempatan, inovasi ini daripada sebahagian projek universiti di sana yang menjadi tumpuan media.

Kasut pintar itu direka khas untuk mereka yang mengalami cacat penglihatan yang mana ia dapat mengesan dan penggera kepada pemakai dalam jarak radius 200 sentimeter.

Pelajar Pakistan Cipta Kasut Pintar Untuk Orang Cacat Penglihatan
Sumber: Matic Today

Ia mempunyai sensor getaran terbina yang akan memberi amaran kepada pemakai sekiranya terdapat halangan di hadapan. Selain itu, kasut pintar ini boleh dicas semula dan mengandungi butan ‘power’ untuk mematikan sensor apabila tidak diperlukan.

Cumanya, belum menjadi kenyataan untuk digunakan secara komersial jika kerajaan di sana tidak membantu untuk mengetengahkan inovasi ini.

Sumber: Matic Today