Pelajar Muslim India Dihalau Majlis Konvokesyen

Pelajar Muslim Di India Protes Tolak Pingat Emas Setelah Dihalau Dari Majlis Konvokesyen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang pelajar Muslim dari Universiti Pondicherry di Puducherry, India menolak anugerah pingat emas yang sepatut diterimanya pada majlis konvokesyen sebagai tanda protes dengan undang-undang baharu kewarganegaraan yang mencentuskan kotroversi di sana.

Rabeeha Abdurehim, graduan Komunikasi Massa dihalang masuk ke dalam majlis ketika dihadiri Presiden India, Ramnath Kovind kerana perlakuannya disyaki mencurigakan. Beliau turut diminta polis untuk membuka tudung tetapi kerana enggan, mereka memintanya untuk diduduk di luar sehinggalah Presiden meninggalkan majlis tersebut.

“Saya duduk di dalam dewan sejam sebelum ketibaan Presiden, seperti yang diperlukan. Tetapi seorang pegawai keselamatan Presiden datang ke arah saya dan meminta saya untuk pergi bersamanya selama seminit. Dia kemudian mengunci saya tanpa penjelasan,”kata Rabeeha.

Ketika gilirannya menerima anugerah, Rabeeha menolak untuk menerima pingat emas dan hanya mengambil ijazahnya, bergambar dan turun dari pentas.

Pelajar Muslim India Dihalau Majlis Konvokesyen
Sumber: News18

“Saya menolak pingat ini sebagai tanda solidariti dengan pelajar-pelajar lain yang membantah tindakan CAA di seluruh negara. Juga sebagai membantah tindakan kejam polis terhadap pelajar terbabit.

“Malah saya juga menolaknya kerana dihalau keluar daripada majlis konvokesyen saya sendiri kerana polis menyangka saya ini mencurigakan,”katanya.

Menurut Rabeeha, ini sebagai satu cara untuk menunjukkan makna pendidikan sebanar kepada remaja, bukan medal dan sijil tetapi mempelajari mesej perpaduan, keamanan dan berdiri menentang ketidakadilan, fasisme dan ketaksuban.

Bukan Rabeeha sahaja yang memutuskan untuk menolak pingat, beberapa pelajar terlebih dahulu mengisytihar bahawa mereka akan memboikot majlis yang dihadiri Presiden India.

Pada 11 Disember lalu, Parlimen India meluluskan rang undang-undang yang memberi kerakyatan kepada pendatang haram bukan Islam dari negara tertentu, ketika ratusan anggota tentera dikerahkan ke wilayah Timur Laut yang berdepan protes ganas.

Pakar demokrasi menyifatkan undang-undang itu mendiskriminasi umat Islam dan mengancam amalan sekular yang menjadi teras penubuhan negara berkenaan.

Pelajar Muslim India Dihalau Majlis Konvokesyen

Undang-undang itu bertujuan memberikan kewarganegaraan kepada minoriti Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, Jain dan Parsi daripada negara-negara majoriti Islam seperti Afghanistan, Pakistan dan Bangladesh yang dianggap mengalami penindasan. Pemohon harus memasuki India sebelum atau pada 31 Disember 2014.

Sumber: The Telegraph India, BH