Pelajar Menangis Dikenakan Kompaun, Syed Saddiq Pertikai ‘Pelonggaran’ Tindakan Pada VVIP

Pelajar Menangis Dikenakan Kompaun, Syed Saddiq Pertikai Tiada Tindakan Pada VVIP

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pelajar menangis dikenakan kompaun, Syed Saddiq pertikai kelonggaran pada VVIP.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam mempertikaikan mengenai kompaun yang dikenakan terhadap anak muda kerana gagal mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan untuk memakai topeng muka di kawasan awam dan tempat sesak.

Bukannya mahu mempertikaikan tugas Pihak Diraja Malaysia (PDRM) yang melaksanakan arahan tersebut, Syed Saddiq meminta agar ada belas kasihan sesama manusia.

Beliau berkata adalah tidak adil kompaun dikenakan pada anak muda yang hanya membuka sebentar topeng mukanya, namun VVIP yang bergambar di tempat sesak tanpa memakai topeng muka langsung tidak dikenakan tindakan.

Dalam satu laporan berita TV3, seorang pelajar dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal memakai penutup muka dengan sempurna di kawasan stesen kereta api Rawang.

Pelajar tersebut mendakwa dirinya hanya menurunkan sekejap topeng mukanya ke bahagian dagu kerana kawasan mukanya gatal. Beliau kemudiann dilihat menangis ditenangkan oleh orang awam berdekatan.

Pelajar Menangis Dikenakan Kompaun, Syed Saddiq Pertikai 'Pelonggaran' Tindakan Pada VVIP

Menurut salah seorang pegawai polis yang bertugas, peraturan pemakaian topeng muka menyatakan ianya harus dipakai setiap masa di tempat awam yang sesak.

Di laman Twitter, perkataan PDRM menjadi trending susulan daripada kejadian tersebut. PDRM menjadi tumpuan netizen sejak daripada arahan mewajibkan pemakaian topeng muka oleh kerajaan.

Ini ditambah lagi dengan kejadian baru-baru ini mengenai kegiatan aktiviti haram yang berlaku di Sungai Buloh.

BACA: Isu Judi Dan Perniagaan Haram Di Sungai Buloh, Siapa Yang Salah?

Malah ada yang mendakwa akaun Twitter mereka disekat daripada mengikuti akaun Twitter mereka.

https://twitter.com/E1LaE1nas7/status/1292659302419718144

Kenyataan berkenaan tempat awam bersesak atau tidak bersesak daripada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri.

https://twitter.com/norazirahrara/status/1292380568139620353