Pelajar Malaysia Terima Biasiswa Rhodes

Pelajar Malaysia Tempa Nama Sebagai Penerima Biasiswa Rhodes Paling Berprestij Di Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pelajar Malaysia sekali lagi menempa nama sebagai antara yang cemerlang di dunia apabila terpilih sebagai penerima Biasiswa Rhodes (Rhodes Scholarship).

Untuk pengetahuan anda, Biasiswa Rhodes ialah satu program tajaan pengajian pascasiswazah antarabangsa ditubuhkan pada 1902 dan merupakan biasiswa yang paling berprestij dan tertua di dunia bagi memberi peluang kepada penerimanya menyambung pelajaran tahap tinggi di Universiti Oxford.

Pelajar Malaysia yang menuntut di Fakulti Sains dan Sosial, Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, Nurul Ezzaty Hasbullah, 23 tahun kini dalam semester akhir pengajiannya dan bakal bergraduasi pada Mei 2020 dalam bidang kesihatan dan masyarakat (major dalam bidang kesihatan global).

https://www.instagram.com/p/B5RVCBOJRHy/

Mempunyai minat yang tinggi terhadap polisi awam, gender dan penjagaan kesihatan, Ezzaty memberitahu bahawa selepas ini beliau akan menyambung pengajian di peringkat sarjana iaitu sains data sosial diikuti dengan sarjana polisi awam bermula tahun hadapan.

https://www.instagram.com/p/B4maHPzFLqY/

Berasal dari Kota Damansara, Selangor, Ezzaty memberitahu pengalaman ‘pahit’ beliau membesar sebagai seorang wanita di Malaysia yang sentiasa merasakan bahawa wanita selalu diletakkan di belakang seorang lelaki.

“Ini merujuk kepada pengalaman terkecil saya yang mana kakak saya tidak boleh menjadi seorang ketua kelas gara-gara guru kelasnya yang memberitahu jawatan terebut hanya untuk lelaki sehinggalah kepada pengalaman terbesar saya iaitu menjadi individu yang terselamat daripada serangan sek5ual yang melalui beberapa halangan untuk mendapatkan keadilan sehingga ke hari ini.”

Selama ini, saya hanya menerima apa yang berlaku sehinggalah saya datang ke Amerika Syarikat dan melihat gelombang kesamarataan gender dan mahu mengubah status kuo gender di Malaysia.

Tidak mahu wanita Malaysia lain melalui trauma yang sama dengannya, Ezzaty impikan masyarakat Malaysia yang melayan wanita sama seperti lelaki (tidak membandingkan).

https://www.instagram.com/p/BU4nVZtD_4i/

Melalui pendidikan, Ezzaty menyedari kepentingan polisi awam yang berperanan sebagai mekanisme paling kuat untuk membina perubahan struktur yang boleh meninggalkan kesan tersendiri.

Percaya dengan peluang sebagai penerima Biasiswa Rhodes mampu menunaikan impian beliau untuk memberi kepada masyarakat, Ezzaty yang membesar dalam keluarga kelas pertengahan ini memberitahu sokongan daripada keluarga terutamanya ibu dan ayahnya menjadi pendorong kepada pencapaiannya hari ini.

Pelajar Malaysia Terima Biasiswa Rhodes 1

“Saya menjadi diri saya sendiri, bermula dari fasa permohonan hingga temu bual selama 45 minit, saya pastikan saya menjadi diri saya sendiri; seorang wanita Muslim Malaysia berusia 23 tahun yang bercita-cita besar dan memberikan yang terbaik, kemudiannya bertawakal.”

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini pelajar Malaysia dari universiti yang sama, Adnan Zikri Jaafar yang juga penerima Biasiswa Kijang Emas Bank Negara Malaysia (BNM) kerana memperoleh 11A+ dalam SPM 2011 juga merupakan penerima biasiswa ini pada tahun 2017 lalu.

Jika anda rasa anda layak memohon, anda bolehlah cuba memohon di pautan INI.

Sumber: NST

Lihat bulatan merah.

Harold Scary Stories To Tell In The Dark ‘Bernyawa’ Dirakam CCTV

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.