
Pekida Kelantan Minta Kerajaan Tak Haramkan Basikal Lajak
Semalam Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa aktiviti basikal lajak sememangnya haram susulan daripada cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKR) agar basikal yang sudah diubah suai itu diharamkan secara menyeluruh.
BACA: Memang Haram! Orang Ramai Diminta Beri Maklumat Kegiatan Basikal Lajak
Hari ini, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan menyatakan harapan agar kerajaan tidak mengharamkan aktiviti basikal lajak sebaliknya menyediakan satu litar khusus buat penggemar aktiviti tersebut.

Ini adalah kerana minat kanak-kanak dan remaja kepada aktiviti tersebut perlulah disokong semua pihak, namun dengan penyediaan cara dan langkah yang sesuai.
Sebelum ini, trend ini dalam kalangan kanak-kanak dan remaja telah menjadikan kawasan jalan raya sebagai ‘litar’ dilihat sebagai sesuatu yang membahayakan bukan sahaja kepada nyawa mereka sendiri tetapi juga nyawa pengguna yang lain.
Melihat kepada bahaya yang didatangkan bersama aktiviti ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP), Datuk Azisman Alias memberitahu ibu bapa atau penjaga mereka yang terlibat dengan aktiviti basikal lajak ini boleh berdepan dengan denda tidak lebih RM20,000 serta penjara lima tahun sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak bawah umur.
Sumber: Astro Awani
Jangan lupa tarikh ini.
Lionsgate Mengumumkan 18 September sebagai Rambo Day
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.