
Pekerja Syarikat Jepun Ini Ditahan Kerana Lakukan Kekacauan Dan ‘High’, Tapi Beliau Seekor Kucing?
Individu di Jepun agak sensitif apabila melibatkan kerja. Budaya masyarakat Jepun yang amat mementingkan kerja sangat wajib dicontohi, antaranya rajin, berdisplin dan berdedikas namun ianya seakan melampau apabila ini berlaku.
Seorang (atau seekor?) pekerja, Tamasuke di sebuah syarikat di Jepun ditahan selepas syarikatnya melakukan aduan setelah pekerja lain seringkali merasa terganggu dengan bunyi-bunyi pelik seperti ‘meow’ semasa panggilan telefon dibuat.
Ya, bunyi ‘meow’.
Untuk makluman anda, Tamasuke adalah seekor kucing jantan yang memegang jawatan sebagai Pengurus Perhubungan Awam di syarikat tersebut. beliau didapati telah melanggar peraturan syarikat yang mana pekerjanya tidak dibenarkan untuk melakukan kekacauan.
Tamasuke yang berusia empat tahun juga didapati bersalah kerana menggunakan dadah yang menyebabkan beliau bertindak secara tidak rasional. Dadah tersebut secara realitinya merupakan satu jenis upah (treats) kepada Tamasuke yang berada dalam bentuk batang seperti kayu.
Bukan itu sahaja, Tamasuke turut didakwa kerana cuba menghasut bekas rakan sekerjanya (juga haiwan) untuk turut sama merasai ‘dadah’ itu.
Walau bagaimanapun, Tamasuke akhirnya dilepaskan kerana kekurangan bukti untuk didakwa atas kesalahannya itu. Ikuti kisah penuh tragis mengenai Tamasuke di thread bawah.
【臨時ニュース】
大阪市平野区にあります消防用設備等の施工・メンテナンス業を営む青木防災㈱にて、従業員の電話応対中に何度も『ニャー』等と奇声を発し妨害した件について被害届が出された為、同社の広報課長であるタマスケ(4)氏を迷惑防止条例違反の容疑で逮捕しました。https://t.co/KGoElLPjXp pic.twitter.com/rP5uCMmQkZ— 青木防災㈱【公式】🧯 (@aokibosai) August 27, 2019
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1gTWGBnIWO/