Pekerja Di Kuching Ditampar Pelanggan Gara-Gara Diminta Pakai Pelitup Muka

Pelanggan tampar Pekerja pelitup muka

Ditampar Pelanggan Gara-Gara Diminta Pakai Pelitup Muka

Pandemik COVID-19 masih lagi belum reda, pelitup muka merupakan antara aksesori wajib yang perlu ada bagi setiap rumah di Malaysia.

Walaupun sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, tidaklah diwajibkan tetapi disarankan untuk memakai pelitup muka. Sejak itu, ada segelintir berasa kebal dirinya tak perlu memakai pelitup untuk memasuki atau melalui kawasan sesak kerana tidak bergejala.

Baru-baru ini, tular satu kejadian di sebuah restoran di Kuching, seorang pekerja telah ditampar pelanggan hanya kerana diminta untuk memakai pelitup muka.

Memetik laporan Ilovekch, pelanggan itu yang merupakan pasangan lelaki dan perempuan dikatakan ingin menjamu selera di restoran berkenaan. Namun, setibanya di pintu masuk, pelanggan tersebut telah ditahan oleh pekerja restoran kerana tidak memakai pelitup muka.

Pekerja berkenaan meminta pelanggan itu memakai pelitup muka sebelum dibenarkan masuk ke premis. Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka tidak berpuas hati dan bertindak menampar pekerja terbabit dan mendakwa pekerja tersebut sebagai ‘penyibuk’, memandangkan terdapat premis lain yang tidak cerewet tentang pemakaian pelitup muka.

Keadaan menjadi kecoh seketika dengan beberapa pekerja lain juga turut tampil untuk menenangkan keadaan. Berang diperhatikan pelanggan serta orang ramai, pasangan tersebut kemudian beredar dari premis berkenaan.

Pelanggan tampar Pekerja pelitup muka
Sumber: Sinchew Daily

Kejadian memalukan itu telah dirakam melalui pita rakaman kamera litar tertutup CCTV yang ada di restoran tersebut.

Seminggu ini, Sarawak diibarat menerima gelombang kedua apabila kes positif COVID-19 kembali meningkat dan kebanyakan kes tersebut dikesan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau dikategorikan sebagai penularan tempatan.

Bukan itu sahaja, kes positif juga kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom.

Kerajaan pertimbang wajib pakai pelitup muka di tempat awam

Kerajaan mempertimbang langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian mengenai perkara tersebut akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.

Susulan itu, Sarawak bersetuju sekiranya cadangan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dikuatkuasakan.

Sumber: Ilovekch