Rasuah Pekerja Asing

Pekerja Asing Wajib Didaftarkan Dengan PERKESO Mulai Jan 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, mulai 1 Januari depan, majikan di Malaysia diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

BACA: Lebih 95% Pelancong China, India Tiada Rekod Keluar

Setakat September lalu, seramai 1.01 juta pekerja asing telah berdaftar di Malaysia dan 78,952 daripadanya adalah pekerja asing yang berdaftar dengan PERKESO di Sabah.

BACA: SPRM Dedah Wujud Rasuah Dalam Urusan Pengambilan Pekerja Asing

Namun jumlah tersebutmasih lagi tidak sampai separuh daripada jumlah pekerja asing yang sah berdaftar dan bekerja di Malaysia iaitu seramai 2.1 juta.

Bermula dengan tarikh penguatkuasaan tersebut, pekerja asing wajib didaftarkan dengan PERKESO walaupun mereka masih sah dilindungi Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA).

Rasuah Pekerja Asing 1

Majikan yang menggaji pekerja asing diminta untuk mematuhi peraturan berkenaan kerana ianya bukan sahaja bermanfaat untuk pekerja asing tetapi juga dapat membantu majikan dalam mengurangkan kos rawatan dan perubatan sekiranya mereka ditimpa kemalangan semasa bekerja.

Sumber: Astro Awani