
Peguam Ini Jelaskan Sejauh Mana Sajat Dilindungi Di Bawah UNHCR
Sejauh mana Sajat dilindungi UNHCR?
Semalam, berita penangkapan usahawan kosmetik terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, 36 tahun yang berbulan-bulan tidak dapat dijejaki mendapat perhatian luas media tempatan.
BACA: Sajat Guna Taktik Berpurdah, Bayar RM20k Untuk Larikan Diri Ke Bangkok Sebelum Ditahan
Nur Sajat dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September 2021 selepas pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan maklumat kepada pihak berkuasa Thailand berkaitan Sajat yang berjaya melarikan diri ke negara berkenaan.
Antara yang disebutkan dalam kes Sajat ialah beliau sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Kes Sajat daripada kaca mata seorang peguam
Mengulas isu ini daripada kaca mata seorang peguam, Nor Zabetha menjelaskan pelarian di bawah UNHCR dilindungi oleh 1951 Convention and the 1967 Protocol yang memberikan hak kepada pelarian dan ia merupakan tanggungjawab undang-undang untuk 149 buah negara yang menyertai UNHCR.

Atas sebab-sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, pendapat politik atau ahli daripada mana-mana kumpulan sosial yang bimbang akan keselaatan dirinya diancam oleh negara asalnya boleh memohon perlindungan di bawah UNHCR.
Memberikan contoh kes SUBRAMANIYAM SUBAKARAN v. PP [2007] 1 CLJ 470, tertuduh yang merupakan seorang warganegara Sri Lanka dan pemegang kad UNHCR yang didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 di atas kesalahan memasuki Malaysia tanpa izin.
Peguam tertuduh mengemukakan hujah bahawa sebagai pelarian yang dilindungi di bawah UNHCR, tertuduh tidak terikat dengan kesalahan di bawah undang-undang imigresen.
Namun, mahkamah tetap merujuk kepada Artikel 31 yang mana bukan sahaja menyatakan tentang perlindungan berkenaan kemasukan secara tidak sah seorang pelarian tetapi juga tanggungjawab pelarian tersebut untuk menunjukkan tanggungjawab memasuki negara berkenaan dan cuba mematuhi undang-undang.
Jadi, mahkamah berpendapat biarpun pelarian dilindungi di bawah UNHCR, namun pelarian perlu mematuhi undang-undang sesebuah negara dan boleh dihukum.
Nor Zabetha turut menjelas kerana itu jugalah Sajat dibebaskan secara jaminan pada 10 September 2021 atas kesalahan berkaitan imigresen di Thailand dan walaupun dibebaskan dengan jaminan, beliau diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.
Dalam perkembangan terbaharu, Sajat dilaporkan menggunakan nama popular terbaharunya iaitu Bella. Dan PDRM kini sedang dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang beliau namun ia akan mengambil sedikit masa kerana membabitkan pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara dan pihak berkuasa Thailand.
Sumber: Nor Zabetha
Trending now



