
Pedal Ayam Ada Batu, Peniaga Saja Kenakan Pengguna?
Beberapa hari lalu, terdapat persoalan daripada seorang ahli Facebook Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official tentang kehadiran batu dalam pedal ayam. Pemilik hantaran ingin bertanya sama ada boleh dibuat aduan ke pihak KPDNHEP atau pun tidak.
Seorang pengguna Facebook bernama Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan telah memberi penerangan tentang sifat pedal ayam dan fungsinya. Mari kita ikuti perkongsian beliau.
Dalam pedal ayam ada batu?
Mungkin hantaran ini (gambar) dibuat dengan niat bergurau, namun mungkin ada juga yang tak tahu fungsi pedal ayam.
Pedal adalah organ penghadaman, dan fungsinya untuk menghancurkan makanan. Ayam perlukan organ ini kerana ia tak mengunyah makanan.
Bagi membantu pedal melumatkan makanan, ayam menelan batu-batu kecil, dan ia akan masuk ke dalam pedal dan kekal di situ.
Di dalam pedal, batu-batu ini akan berfungsi seperti gigi-gigi yang akan mengisar makanan menjadi ketulan lebih kecil.
Jadi, bukanlah perkara yang aneh jika kalian jumpa ketulan batu dan pasir dalam pedal ayam yang dibeli di pasar. Terutamanya ayam kampung.
Selain ayam, haiwan seperti burung, ikan, dan buaya juga mempunyai pedal. Pedal mereka juga kadangkala ada batu di dalamnya.
Pernah dengar geliga buaya? Batu geliga yang dikatakan dimuntahkan oleh buaya. Ada orang buat cincin dari batu ini, kononnya ada sakti.
Agak-agak batu geliga itu datang dari mana?
Betul! Batu dari pedal buaya, yang kemudian dimuntahkan semula atau keluar bersama tinjanya.
Berbalik kepada soalan pembeli ni. Boleh tak buat aduan KPNDHEP (dulu KPDNKK)? Boleh ja.
Pengguna berhak buat aduan jika rasa ditipu peniaga.
OK tu je untuk malam ni!
Semoga bermanfaat!
BACA: Remuk Hati Melihat Betapa Lemahnya Keadaan Badan Si Kecil Selepas Makan Ayam Ini
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Trending now



