
Pecut Dengan Kelajuan 308KM/J, Kereta Dan Lesen Memandu Remaja Digantung
Seorang remaja 19 tahun ditahan pihak polis selepas membawa kereta Mercedes secara pecut dengan kelajuan maksimum 308km/j di sebuah lebuh raya Ontario, Kanada.
Kelajuan yang disifatkan sebagai tidak masuk akal itu menyebabkan anggota polis terkedu sebelum remaja berkenaan ditahan di Lebuhraya Ratu Elizabeth pada jam 10 malam hari Sabtu.
Tindakan memandu secara berbahaya remaja berkenaan yang ditemani seorang rakan sebayanya menyebabkan lesen memandunya digantung dan kenderaan jenis Mercedes milik ayahnya disita selama tujuh hari.

Turut didakwa atas kesalahan memandu secara berbahaya, remaja berkenaan boleh dikenakan denda USD10,000, penjara enam bulan dan digantung lesen memandunya selama dua tahun.
BACA: Trend Pelik Di Jepun, Sewa Kereta Bukan Untuk Memandu Tapi Tidur
Salah seorang pegawai polis wilayah Ontario, Kerry Schmidt memberitahu pada awalnya apabila beliau menerima gambar laporan tentang kesalahan pecut berkenaan, ianya dianggap sebagai gurauan.
“Ini adalah kelajuan yang paling laju pernah saya dengar. Ianya boleh membawa kepada kemalangan yang lebih buruk yang ada sebelum ini.
Saya berharap agar individu ini tidak dibenarkan memandu dala tempoh masa yang panjang.”
Selepas berjaya menahan kenderaan tersebut, pengguna jalan raya lain membunyikan hon masing-masing sebagai tanda meraikan kejayaan penahanan remaja berkenaan.
150 drivers charged and 150 vehicles impounded for 7 days since May 1 in the #GTA by OPP. Including this car that was stopped last night for going 308km/h on the QEW. #7DayLicenceSuspension #7DayVehicleImpound pic.twitter.com/lbjb4jxTrX
— OPP Highway Safety Division (@OPP_HSD) May 10, 2020
Sejak 1 Mei lalu, seramai 150 orang telah disabitkan kesalahan berlumba di atas lebuh raya di Toronto.
Sumber: Yahoo Style
Trending now



