
Pecah Rekod Kebangsaan 12 Tahun, Andre Anura Lakar Sejarah Sukan Lompat Jauh Malaysia
Atlet kelahiran Sabah, Andre Anura Anuar hari ini mencuri tumpuan umum apabila berjaya memecahkan rekod lompat jauh kebangsaaan yang dipegang Josbert Tinus, atlet Thailand selama 12 tahun.
Andre yang berjaya melompat sejauh 8.02 meter berjaya meraih pingat perak di acara yang berlangsung di Stadium Olahraga New Clark City, Filipina sempena Sukan SEA ke-30.
New national record. First ever Malaysian jump over 8 m pic.twitter.com/z5RRmSD52Z
— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) December 7, 2019
Andre berada di hadapan Josbert dengan perbezaan jarak sejauh 0.14 meter (7.88 meter) yang diraih ketika Kejohanan Terbuka Thailand pada Oktober 2007.
Tidak menyangka mampu melakukan lompatan sejauh itu, Andre memberitahu beliau hanya berharap dapat melakukan yang terbaik dan bersyukur kerana dapat memecahkan rekod kebangsaan.
Pencapaian beliau kali ini sekaligus memecahkan rekod peribadinya yang dicapai di Kejohanan Terbuka Berwang di Kota Kinabalu 2 November lalu iaitu sejauh 7.90 meter.
Kedudukan johan diraih oleh atlet Indonesia, Sapwaturrahman yang hanya berbeza jarak dengan Andre sejauh 0.01 meter (8.03 meter) manakala atlet Thailand, Suttisak Singkhon meraih gangsa dengan jarak lompatan sejauh 7.89 meter.
Sumber: FMT