pdrm

PDRM Tawar Diskaun Saman 60% Sempena Hari Polis Ke-216

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berita baik buat anda yang perlu membayar saman trafik.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan penawaran diskaun sehingga 60% bagi saman terpilih dengan membuat pembayaran melalui portal, aplikasi MyBayarSaman mahupun secara fizikal di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.

PDRM melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik ini bermula dari 20 Mac hingga 31 Mac 2023.

pdrm

Ayuh jangan lepaskan peluang ini ! Daftar segera sebagai pengguna MyBayar Saman, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

pdrm

BACA: Siap Boleh Keluarkan Saman, Polis Indonesia Rancang Guna Dron Untuk Kawal Trafik

Sumber: Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM