pdpr

PdPR: Bukan Peranti Jadi Masalah, Capaian Internet Yang Paling Penting

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak berlakunya peningkatan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di negara Malaysia, kerajaan telah menjalankan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 hampir ke seluruh negara.

Akibatnya, sekolah yang dilaporkan sebelum ini dibuka pada 22 Januari 2020 telah ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang belum diumumkan lagi. Hasil daripada ini, murid-murid di sekolah terpaksa menjalankan program Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Seperti mereka yang bekerja di pejabat terpaksa bekerja di rumah (Work From Home), pelajar sekolah rendah dah menengah juga terpaksa belajar dari rumah. Maka, medium yang sesuai untuk mereka dan guru saling berinteraksi adalah melalui pembelajaran secara online.

Selepas seminggu, didapati terdapat banyak masalah PdPR ini untuk dijalankan. Antara masalah yang berlaku adalah apabila ibu bapa penjaga pelajar tidak memiliki peranti yang bersesuaian untuk mereka belajar. Atas inisiatif sendiri, Ustaz Ebit Lew turut sama membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan dengan memberikan mereka peranti secara percuma agar anak-anak mereka dapat menjalankan proses belajar.

https://www.facebook.com/ebitlew/posts/3659900907461499

Sebenarnya, masalah paling utama adalah capaian internet. Seperti mana hantaran oleh Mudalib Uthman, peranti boleh didapatkan dengan membuat crowd funding. Namun, jika kawasan pelajar tersebut tiada capaian internet, bagaimana mereka mahu belajar?

https://www.facebook.com/MudalibUthman/posts/4027473650616424

 

Perkara ini samalah seperti yang berlaku kepada Vevenoah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi meneruskan proses pembelajaran beliau di pedalaman Sabah.

pdpr

Diharap pihak kerajaan akan lebih peka dengan menyediakan fasiliti capaian internet yang lebih meluas ke seluruh Malaysia. Pihak telekomunikasi juga diharap dapat menurunkan harga bayaran bil bulanan agar kelompok yang kurang berkemampuan dapat memilikinya.

Semua anak-anak di Malaysia berhak untuk menerima pendidikan.