
Pawagam Mungkin Akan Beroperasi Semula Bulan Depan, Tengah Tunggu ‘Lampu Hijau’
Kini Touch ‘n Go telah mengaktifkan satu lagi fungsi buat pengguna kad ini, iaitu auto-reload dengan hanya memerlukan beberapa klik sahaja di aplikasi e-dompet pembayaran nirtunai tersebut.
1. Buka aplikasi e-dompet Touch ‘n Go.
2. Pilih fungsi auto-reload.
3. Pilih nilai tambah anda (RM20 hingga RM250).
https://www.facebook.com/Mytouchngo/posts/2184092228281363/
Penambahan nilai secara automatik ini tidak akan dikenakan caj tambahan dan hanya dilakukan apabila baki e-dompet anda mencapai minimum RM20 dan boleh ditetapkan sehingga RM100.
Mudah bukan?
Memang tiada sudah alasan lupa untuk tambah nilai yang menjadi punca kereta beratur panjang di laluan tol. Tetapi tawaran ini hanya dibuka untuk pembayaran secara kad kredit sahaja tau. Mungkin bagi pembayaran secara atas talian, pihak Touch ‘n Go akan buka dalam masa terdekat.
Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumuman daripada pihak berkenaan nanti. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman web Touch ‘n Go.
Sumber: Touch ‘n Go, Poket Panda