
Pawagam Malaysia Dijangka Buka Julai, Ini Senarai Tarikh Baharu Filem Bakal Ditayang
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara bermula pada 18 Mac, semua syarikat pawagam Malaysia telah ditutup operasi buat sementara waktu.
Bermula minggu ini, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada rakyat tetapi pergerakan masih terbatas – PKPB tetapi tidak diketahui sehingga bilakah perintah ini akan tamat.
Walau bagaimanapun, pawagam di Malaysia dijangkakan akan mula dibuka pada Julai ini selepas penutupannya sepanjang tempoh PKP.
Menerusi laman sosial Instagram salah satu pawagam terkenal Golden Screen Cinemas (GSC), pihak mereka sudah mula mengeluarkan bayangan bahawa pawagam akan dibuka semula pada Julai dengan mempromosikan filem terbaru arahan Christopher Nolan berjudul Tenet.
https://www.instagram.com/p/B_4wAyzHlG3/
Memetik laporan The Star, tiga filem antarabangsa yang paling ditunggu-tunggu seperti The Purge 5, Tenet dan Mulan sudah mendapat tarikh tayangannya iaitu pada Julai ini.
Berikut merupakan tarikh baharu filem antarabangsa yang dijangka keluar pada pertengahan tahun 2020:
- Tenet – 16 Julai
- Mulan – 23 Julai
- Wonder Woman 1984 – 13 Ogos
- A Quiet Place 2 – 3 September
- The Conjuring: The Devil Made Me Do It – 10 September
- The King’s Man – 17 September
- Death On The Nile – 8 October
- G.I. Joe Snake Eyes – 22 Oktober
- Black Widow – 5 November
- Godzilla Vs Kong – 19 November
- Soul – 19 November
- No Time To Die – 26 November
- Free Guy – 10 Disember
- Dune – 17 Disember
- Top Gun Maverick – 24 Disember
Dalam pada itu, netizen mengharapkan agar pihak pawagam mengikuti langkah-langkah pencegahan COVID-19 seperti mengamalkan penjarakan sosial antara penonton di dalam pawagam serta disenfeksi menyeluruh.
Orang ramai juga sudah mula beradaptasi dengan norma baharu dalam usaha memerangi ancaman wabak COVID-19 sejak PKP dilaksana.
Buat pada anda yang merindui bertih jagung dan snek di dalam pawagam, GSC juga ada membuat jualan makanan secara dalam talian melalui Grab Food.
https://www.instagram.com/p/B_1pXZ2F3wV/
Sumber: Gempak
Trending now



