
Paus Sperma Ditemui Mati Dengan 100kg Bebola Sampah Dalam Perut
Seekor paus sperma ditemui mati terdampar sebuah pantai di Scotland, Isle of Harris dengan perut dipenuhi kira-kira seberat 100kg sampah berupa jaring, tali, cawan plastik, beg, sarung tangan, tali pembungkusan dan tiub.
Anggota daripada organisasi yang menyiasat insiden haiwan terdampar, Program Haiwan Laut Terdampar (SMASS) menemui pelbagai serpihan sampah tersebut dalam bentuk ‘bola besar’ selepas mereka membelah perut paus jantan tersebut bagi mengetahui punca kematiannya.
Ketika mereka tiba, paus itu didapati telah mati selama 48 jam dan sebahagian besar sampah yang dijumpai di dalam perutnya juga sudah lama berada di situ.
Mereka percaya serpihan sampah yang dipercayai berasal dari daratan dan sektro perikanan di laut itu menyebabkan paus tersebut terdampar namun buat masa sekarang, mereka masih belum menemui sama ada penemuan tersebut memberi kesan atau pun menghalang ususnya.
Sumber: i News UK
Ada yang tak sabar nak tonton Neo dan Trinity dalam sekuel ke-4 The Matrix ni?
Neo Dan Trinity Kembali Dalam Sekuel Ke-4 ‘The Matrix’
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.