paul pogba

Paul Pogba Tonton Animasi Omar & Hana Tarik Perhatian Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Paul Labile Pogba atau lebih dikenali dengan nama Paul Pogba adalah bintang bola sepak Eropah yang tidak asing lagi. Merupakan pemain tengah kebangsaan Perancis dan Manchester United, gaya hidup beliau sering menjadi ikutan para wartawan.

Terbaru dalam hantarannya di Instagram yang diikuti seramai 42 juta orang, kelihatan beliau sedang mempromosikan jenama televisyen C62+ daripada TCL untuk menonton filem. Yang menarik perhatian adalah apabila visual yang keluar di televisyen tersebut merupakan tak lain dan tak bukan animasi popular tempatan daripada Digital Durian, Omar dan Hana.

Hantaran beliau tersebut ternyata menarik perhatian netizen daripada Malaysia. Antara komen-komen menarik daripada mereka adalah seperti di bawah.

Screenshot 2021-09-18 at 11.40.41 PM

Screenshot 2021-09-18 at 11.40.28 PM

Screenshot 2021-09-18 at 11.39.41 PM

Daripada komen-komen netizen dari Malaysia, ternyata semua orang berbangga apabila animasi tempatan diangkat dan dikenali di Eropah. Mungkinkah selepas menonton Omar dan Hana, beliau berpotensi untuk lihat animasi dari Malaysia yang lain pula, contohnya Upin dan Ipin.

Untuk pengetahuan anda, beliau mengamalkan agama Islam. Ketika mengalami tempoh sukar dalam hidupnya beberapa tahun lalu, Pogba telah mengikut rakan-rakannya bersolat dan mula menunaikan kewajipannya sebagai Muslim secara perlahan-lahan. ‘Menjadi Seorang Muslim Membawa Erti Dalam Hidup Saya’ – Paul Pogba.