Jalan Raya Rasuah Sarawak

Patutlah Jalan Raya Di Sarawak Teruk, Rupanya Ada Unsur Rasuah Kaut Untung Hampir RM800 Juta

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jalan Raya Teruk, Rupanya Ada Unsur Rasuah Kaut Untung Hampir RM800 Juta.

Teringat pada kata-kata seorang tokoh, ‘negeri kaya tapi miskin‘ yang merujuk kepada negeri Sarawak yang penuh dengan sumber kekayaan tetapi ia tidak dapat dinikmati rakyatnya.

Kita juga hairan mengapa jalan raya di kawasan kampung menuju ke bandar mudah rosak dan berlubang sana-sini. Ia menimbulkan kemusykilan adakah Kerajaan Pusat tidak membantu membangunkan negeri Sarawak atau ada perkara-perkara yang tersembunyi?

Semalam, dua orang pengarah syarikat kontraktor telah ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah dan tuntutan palsu daripada Kementerian Pertahanan Malaysia.

Rasuah serta tuntutan palsu sebanyak puluhan juta ringgit itu dilakukan semasa pelaksanaan 10 projek menaik taraf jalan di Sarawak yang bernilai RM 800 juta. Malah, laporan audit Kementerian Pertahanan Malaysia turut mendapati bahawa syarikat pengarah tersebut gagal dalam projek tersebut.

Tipu dalam pembinaan jalan di Miri, Kapit, Limbang dan Belaga

Menurut sumber, projek pembinaan jalan menghubungkan beberapa bandar kecil di Sarawak yang dinamakan ‘Projek Jiwa Murni’ itu adalah di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan dianugerahkan kepada syarikat berkenaan sejak tahun 2010 hingga 2016.

Projek tersebut melibatkan pembinaan jalan di kawasan Miri, Kapit, Ba’kelalan, Limbang dan Belaga.

Jalan Raya Rasuah Sarawak

Rupanya, selepas kajian teknikal mendapati jalan raya di situ langsung tidak menepati piawaian pembinaan jalan yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jalan-jalan yang dibina tersebut hanya diletakkan lapisan tar setebal dua inci tanpa lapisan batu kerikil dan pasir. Oleh itu, jalan tersebut mudah rosak dan tidak sampai sebulan digunakan apabila dilalui oleh kenderaan berat seperti lori balak, sekali gus menyukarkan kenderaan ringan seperti motorsikal dan kereta untuk berhubung ke kawasan bandar dari pedalaman.

Akibat aktiviti rasuah tersebut, kerajaan negeri telah menanggung kerugian sebanyak ratusan juta ringgit bagi membaik pulih kembali jalan tersebut yang menelan kos sekali ganda.

Pengarah sama tapi syarikat lain.

Paling mengejutkan, salah satu syarikat yang mendapat projek menaiktaraf dan membaikpulih jalan-jalan berkenaan disyaki dimiliki oleh pengarah syarikat yang ditahan ketika pelantikan empat kontraktor baharu oleh JKR Negeri.

Syarikat yang mendapat tender baharu tersebut menggunakan nama syarikat yang lain tetapi mempunyai pengarah yang sama. Kini, kedua-dua pengarah yang bergelar Datuk akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching pada esok hari untuk permohonan reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Sumber: Awani