
Patutkah Kerja Dahulu Untuk Cari Pengalaman Sebelum Sambung Belajar?
Usai graduasi, ramai yang mempunyai pendapat mereka tersendiri dalam soal untuk menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi.
Ada yang berpendapat, beli rumah dan kereta dahulu yang lebih penting. Ada pula yang menganggap bercinta, berkahwin dan memiliki anak terlebih dahulu yang perlu diutamakan.
Di Facebooknya, Dr Aid Fawzal berpendapat, bekerja sekurang-kurangnya 1 hingga 2 tahun untuk mencari pengalaman dahulu sebenarnya lebih baik buat masa ini sebelum sambung semula belajar.
Kenapa agaknya, ya? Jom baca perkongsian beliau ini.
Biasa dengar tak orang kata,
“Kalau nak sambung belajar, sambung je terus. Takyah kerja sebab nanti dah kerja dah SEDAP PEGANG DUIT, mesti dah tak nak sambung belajar.”
Sebenarnya bukan sebab dah SEDAP PEGANG DUIT. Tapi sebab dah SEDAP BERHUTANG.
Ni lah punca utama ramai abang-abang dan kakak-kakak yang dulu ada cita-cita nak sambung belajar tapi tak dapat kejar.
Bila dah berduit, mula buat kad kredit, mula buat pinjaman motor, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan lain-lain.
Kalau tiba-tiba sambung belajar, macam mana nak bayar?
Sebaliknya, memang patut korang kerja selepas grad sebelum sambung belajar lagi. Sekurang-kurangnya 12 bulan. Nak lama sikit 2 tahun.
Nak tau kenapa?
Cuba buka iklan kerja. Semuanya minta pengalaman sekurang-kurangnya 1-2 tahun.
——
Sebagai contoh,
Senario 1: Bayangkan korang budak pandai.
Lepas Asasi/Matrix, buat Degree. Dah grad, sambung Master. Top scorer, siap supervisor tawarkan sambung PhD.
Agak-agak lepas graduate PhD senang ke nak dapat kerja?
——
Senario 2: Bayangkan korang orang biasa-biasa je.
Lepas diploma terus sambung degree. Grad cari kerja tak dapat, jadi gi buat Master.
Agak-agak masa ada degree dulu susah cari kerja, dengan ada master boleh jadi senang?
——
Sebab tu saya selalu cadangkan setiap kali grad, cari kerja. Ada duit simpan. Nak joli pon ikut kemampuan. Jangan hutang berlebihan.
Dah kerja beberapa tahun, nampak masa depan akan lebih cerah dengan sambung belajar, baru sambung.
Disebabkan dah pernah kerja, korang dah ada:
- Soft/human skills,
- Tahu applikasi teori yang belajar dulu-dulu,
- Kenal bidang korang depan-depan, bukan ikut buku je,
- Dan juga, kenal orang.
Macam ni baru lah bila sambung belajar ilmu yang ditambah jadi jelas. Dah tak lagi menghafal. Sebaliknya ilmu tu boleh hadam.
Nanti bila grad, sijil akademik dapat, ‘know how’ dapat, pengalaman kerja dah ada, dan paling penting, ‘know who’ pon ada. Peluang kerja lebih luas.
Inilah yang dinamakan kebolehpasaran (marketability) dan kebolehkerjaan (employability).
——
Rumusannya,
1) Berhati-hatilah dengan jerat berhutang.
2) Nak kejar impian hidup, biar akademik dan pengalaman kerja seimbang.
3) Nak berjaya tak semestinya perlu belajar tinggi-tinggi. Tapi dengan belajar tinggi-tinggi dan bekerja, peluang untuk berjaya juga meninggi.
Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK
*Gambar kereta hensem di bawah sebagai hiasan. Ni model sebelum ‘hidung’ besar (kidney grill).
BACA: Sambung Belajar Hingga Ke Peringkat PhD: Perlu Atau Tidak Perlu?
Sumber: Dr Aid Fawzal