
Patung Mayat Dan Bendera Hitam Berhimpun Di Dataran Merdeka
Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) telah menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka sambil membawa patung mayat dan 14 bendera hitam.
Dalam satu kenyataan, SSR menyatakan kekecewaannya terhadap kerajaan dalam menangani kes COVID-19. Patung mayat membawa simbol kematian yang disebabkan oleh wabak pandemik tersebut dengan peningkatan jumlah kes bunuh diri. Manakala 14 bendera hitam pula mewakili kemarahan rakyat di seluruh negeri di Malaysia.
Himpunan Sekretariat Solidariti Rakyat di Dataran Merdeka pic.twitter.com/aFWH8iVJdD
— Van Jed 🏴🏴 (@ShafwanZaidon) July 17, 2021
SSR juga mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatannya dan mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal membantu rakyat dalam membendung wabak COVID-19.
Antara tuntutan lain yang dibawa oleh mereka adalah pembukaan penuh sidang Parlimen dan bukannya sesi penerangan kerajaan kepada Dewan Rakyat serta moratorium secara automatik kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengenakan faedah pinjaman sepanjang tempoh tersebut.
Untuk rekod, mereka juga menyatakan bahawa kerajaan terus menerus menyindir kempen solidariti bendera putih rakyat serta mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri apabila beliau menyarankan rakyat untuk menaikkan bendera biru.
Tiada tangkapan dilakukan di Dataran Merdeka, hanya kenyataan daripada peserta himpunan telah didapatkan oleh pihak berkuasa.
BACA: #BenderaPutih: Perlu Bantuan Atau Mahu Membantu, Ini Aplikasi Web Untuk Anda Akses
Sumber: Utusan, MalaysiaKini