#Patient136: Punca Gelombang Kedua COVID-19 Berlaku Di Malaysia?

#Patient136 kini menjadi trending di laman media sosial.

4 Mac lalu, Malaysia mengalami gelombang kedua wabak COVID-19 dengan pengesahan kes sebanyak 14 dan kesemuanya dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan kes 26 menjadikan jumlah kes ketika itu adalah 50.

BACA: Hero Tak Didendang: Pengorbanan Individu Di Sebalik Wabak COVID-19 Di Malaysia

Ketika ditanya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah adakah ini bermakna kes 26 merupakan penyebar utama kepada gelombang kedua, beliau tidak dapat mengklasifikasikan hal berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, kes 26 adalah Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Hisham Hamdan yang mengakui pernah menghadiri persidangan di Shanghai pada 13 hingga 17 Januari, namun hanya mempunyai gejala jangkitan COVID-19 selepas enam minggu pulang ke tanah air.

Pihak Untung Dan Rugi Koronavirus Melanda 4
Sumber: Bangkok Post

Menafikan dirinya sebagai ‘sumber utama’ penyebaran gelombang kedua, Hisham yakin kemungkinan untuk beliau mendapat jangkitan apabila mengunjungi Shanghai kerana kes pertama yang dicatatkan di Shanghai adalah pada 20 Januari dan pada tempoh beberapa hari sebelum itu beliau di sana untuk menghadiri persidangan.

Beberapa hari ini, tular di laman media sosial Facebook mengenai kemungkinan besar penyebar utama adalah daripada kes 136 yang merupakan seorang pelajar Malaysia yang belajar di Korea Selatan.

Bekerja sebagai freelance agen pelancongan, lelaki berusia 26 tahun itu kembali dari Korea Selatan pada 22 Februari dan menghadiri majlis ijtima’ di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 3 Mac.

COVID-19 Kes 136 punca Gelombang Kedua Di Malaysia 1

 

 

Pada 3 Mac, beliau dikatakan mengalami simptom demam tetapi tetap meneruskan perjalanan ke luar negara pada 4 Mac sebelum pulang kembali ke Malaysia.

Mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, lelaki ini dikecam hebat berikutan sikapnya yang dilihat sangat mementingkan diri. Menurut sumber, beliau dalam satu hantaran Facebook telah melakukan kekecohan di wad kuarantin.

COVID-19 Kes 136 punca Gelombang Kedua Di Malaysia 3

Rata-rata daripada rakyat Malaysia meluahkan rasa marah mereka kepada beliau kerana mementingkan diri dan menjadi ‘punca’ kepada penularan hebat wabak COVID-19 di Malaysia sehinggakan carian kata kunci #Patient136 menjadi trending.

Setakat ini Malaysia telah mencatatkan 1,030 kes dengan kadar kematian seramai tiga orang dan 26 yang lain berada dalam keadaan kritikal.

BACA: Perintah Kawalan Pergerakan: Tak Sampai Ahad, Angkatan Tentera Mula Dilihat Berada Di Beberapa Kawasan?

Sehubungan itu, pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 hingga 31 Mac ini bagi memecahkan rantaian jangkitan.

#KitaJagaKita #StayAtHome