Pathaan Shah Rukh Khan

Pathaan: Filem Terbaharu Shah Rukh Khan Pecah Rekod, Kutip RM130 Juta Dalam 5 Hari!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Walaupun Pathaan dikritik hebat oleh sayap kanan dan aktivis Hindu di media sosial, filem terbaharu lakonan superstar Bollywood, Shah Rukh Khan itu dilaporkan berjaya memecah rekod kutipan pecah panggung India.

Sebelum ini, timbul isu yang melibatkan pelakon Deepika Padukone yang memakai bikini berwarna saffron, warna yang dikaitkan dengan agama Hindu sehingga memaksa ramai rakyat India ingin memboikot filem ini.

Namun, menurut penganalisis perdagangan, Taran Adarsh menerusi akaun Twitternya, Pathaan mencatatkan kutipan pecah panggung tertinggi bagi sebuah filem Hindi pada hari pertama dan kedua tayangan di India dengan membuat kutipan 2.5 bilion rupee (RM130 juta) hanya dalam jangka masa lima hari!

Ini membuktikan masih ada lagi harapan cerah kepada industri perfileman India selepas beberapa siri kutipan lemah di negara itu.

Kejayaan tersebut juga dikatakan sebagai satu khabar gembira buat industri perfileman Bollywood berbahasa Hindi yang lama bergelut dan terkesan ekoran penutupan pawagam semasa pandemik COVID-19.

Yash Raj Films selaku penerbit mengesahkan jualan tiket antarabangsa juga melonjak melepasi satu bilion rupee (RM58.2 juta) hanya dalam masa tiga hari.

“Kejayaan Pathaan perlu diraikan kerana tidak pernah berlaku sebelum ini… kita kembali menuju menaikkan industri filem Hindi. Kini kita kembali kepada cara lama menonton filem di pawagam sebagai satu komuniti,” jelas Akshaye Rathi, seorang pemilik rangkaian teater filem.

Pathaan merupakan filem lakonan Shah Rukh Khan yang amat dinanti-nantikan selama empat tahun oleh peminatnya di seluruh dunia.

Filem tersebut turut menampilkan pelakon jelita Deepika Padukone dan hero filem aksi Bollywood, John Abraham.

Pathaan Shah Rukh Khan

BACA: Filem Hindustan Dan Tamil Kini Dah Jadi Propaganda India Untuk Burukkan Islam

Sumber: astro AWANI