
Pasukan Sri Lanka Janjikan Kejutan Istimewa Khas Buat Harimau Malaya
Walaupun perlawanan antara pasukan Harimau Malaya menentang skuad Sri Lanka malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil hanyalah aksi persahabatan, namun ianya tetap dilihat sebagai penting bagi pasukan Sri Lanka.
Ini kerana melalui perlawanan ini, pengendali pasukan Sri Lanka, Nizam Packeerali berkata prestasi pemainnya akan dinilai secara menyeluruh sebelum beraksi di Korea Selatan bagi Kumpulan H untuk kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 buat kali pertama sejak 16 tahun lalu pada 10 Oktober ini.
Menyediakan kejutan buat skuad Harimau Malaya, pasukan Sri Lanka mengalami banyak perubahan dan peningkatan sejak 16 tahun lalu, buktinya dengan skor yang diperoleh (walaupun tewas) ketika beraksi bersama Turkmenistan (2-0) dan Korea Utara (1-0).
Tidak hanya menghadkan latihan dalam padang, pemain Sri Lanka turut dididik dengan kepentingan peningkatan kualiti permainan bagi terus meningkatkan kedudukan mereka dalam kedudukan dunia.
Bagi jurulatih Harimau Malaya pula, sekalipun kemenangan tetap menjadi buruan beliau tidak meletakkan sebarang tekanan buat skuad Harimau Malaya kerana apa pun keputusannya nanti, perlawanan tersebut tetap akan menjadi penilaian akhir untuk Tan Cheng Hoe sebelum menghadapi Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober ini.
Jika dilihat pada dua skor penemuan terakhir iiatu pada 2012 (6-0) dan Oktober (4-1) lalu, benteng skuad Harimau Malaya yang ‘dipertahankan’ oleh Adil Zafuan dijangka tidak akan berdepan dengan masalah jika pemain mengurangkan kesilapan dan fokus semasa beraksi.
Sumber: Berita Harian
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S5787nY51/