Koir UiTM raih di Poland

Pasukan Koir UiTM Raih 3 Emas, Muncul Juara Antarabangsa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dinobat sebagai Juara Pertandingan Koir Antarabangsa Copernicus ke-7 di Torun, Poland.

Pasukan koir Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dikenali sebagai UiTM Chamber Choir (UCC) berjaya merangkul tiga emas dalam kesemua kategori yang disertai.

Tiga kategori berkenaan adalah kategori Mixed Choir (Koir Campuran) dan Folklore (Lagu Rakyat/Budaya) oleh UiTM Chamber Choir (UCC) serta kategori Female Choir (Koir Wanita) oleh UiTM Women`s Chorale (UCS).

Koir UiTM raih di Poland
Sumber: FB UiTM

UCC juga telah berjaya menerima dua lagi anugerah khas iaitu Special Audience Prize yang mana apabila gambar kumpulan dari UiTM tersebut telah berjaya mendapat lebih 7500 sukaan melalui undian secara atas talian di laman media sosial Facebook dan Grand Prix of All Volunteers Awards.

Pertandingan Koir Antarabangsa Copernicus ke-7 yang berlangsung bermula 29 Jun sehingga 3 Julai 2019 telah menyaksikan penyertaan daripada 52 kumpulan koir tetapi hanya 12 kumpulan sahaja yang layak ke pusingan akhir.

https://www.facebook.com/uitmchamberchoirofficial/videos/2545586458785029/?__xts__%5B0%5D=68.ARBN1GRyrtXj6tDIns_XG4CVaESefFO3EQb23opBL8kDNzxrACVfZueNRjQt1xSnpy5byzgJAdmISs1zcFzAx5XKLt3YB8pjXrHOr21AganSDhIEa83u-Jteri43B1wrbA5iJMiA0ZH86QXaw3wDm0GoEc6tqzOukA5Sv90G_22Bzz1ePeYc4zd-C5ZNh1N6ou15UrgvwTd_whpnu5-gA-4hBLk-kJf72x1CljviQ3NkdZ3U2qsBV7Fedr2xYqGaljYG60rIJ4GsTiR5UqsueJetepk7xVn3UPW_5eq2oBZ7u2UbkgpUqC2vzkc-obY-Z87FvjgfvXokXySOLMXew2TMnzy80tuywJvVLQvw&__tn__=-R

Antara negara yang berentap pada pusingan akhir termasuklah Poland, Latvia, Lithuania, Taiwan, Filipina, Indonesia, Afrika Selatan dan Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai kassim berkata UCC akan mengikuti satu lagi pertandingan koir iaitu Johannes Brahms Choir Festival and Competition di Wieneigrode, Jerman pada 3 hingga 7 Julai ini.

Tahniah UCC dan UCS atas pencapaian yang membanggakan!

Sumber: FB UiTM