
Pasar Basah Wuhan Berdepan Krisis, Pengunjung Sudah Tidak Seramai Dahulu
Menjadi punca kepada wabak COVID-19 di dunia, pasar basah Wuhan kini berdepan dengan krisis kekurangan pelanggan.
Selepas dikatakan ‘bebas’ daripada wabak COVID-19, pasar basah Wuhan kembali menjalankan operasi menjual haiwan eksotik dan haiwan liar.
BACA: Tak Pernah Serik, Pasar Basah China Kembali Jalankan Operasi Seperti Biasa
Sejak dikatakan menjadi punca utama kepada penyebaran wabak COVID-19, kerajaan China telah melarang penjualan haiwan liar dan haiwan eksotik lain.
Bukan sahaja di Wuhan, malah pasar basah China yang lain turut menerima kecaman dunia apabila kes COVID-19 yang bermula pada hujung tahun lalu dikatakan daripada haiwan eksotik yang dibeli di sana.
Selepas ditutup sepanjang tempoh berkurung dijalankan di Wuhan, pasar basah Wuhan kembali menjalankan operasi namun perniagaan tidak serancak dahulu.

Ini berkemungkinan besar sebahagian pemakan haiwan ini masih lagi berdepan dengan trauma susulan wabak pandemik ini telah menyebabkan kematian sebanyak 134,685 di seluruh dunia.
Tidak pernah serik, tinjauan media Daily Mail mendapati di pasar basah Beijing bukan setakat haiwan liar dan eksotik yang dijual tetapi juga haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing juga dipamerkan untuk dijual kepada pelanggan.
Keadaaan lantai yang kotor dan basah dengan darah, malah bau busuk daripada bangkai masih lagi ada menanti pengunjung untuk melakukan pembelian.
Negara lain merasakan China terlalu awal meraikan kemenangan memerangi COVID-19, namun sebenarnya ada yang negara itu sembunyikan daripada pengetahuan dunia apabila mencatatkan kosong kes domestik COVID-19.
BACA: Tiada Pertambahan Banyak Kes COVID-19, Ini Yang China Sembunyikan Dari Dunia
Disebabkan penularan berlaku dalam kadar yang cepat dan tidak dijangka, banyak perniagaan terpaksa ditutup akibat mengalami kerugian dan hilang punca pendapatan.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengumumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat akan menghentikan penyaluran dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atas dakwaan badan berkenaan gagal menjalankan tugas dasarnya dan menyebelahi China dalam menyembunyikan kes awal COVID-19.
Sumber: Bangkok Post