
Pasangan YouTuber Labur Lebih Setengah Juta Dedah Jantina Anak Di Burj Khalifa
Pasangan YouTuber labur lebih setengah juta dedah jantina anak di Burj Khalifa.
Trend mendedahkan jantina anak atau lebih dikenali sebagai gender reveal semakin popular dalam masyarakat dunia hari ini.
Tidak kiralah pasangan selebriti, kerabat diraja atau pun rakyat biasa, masing-masing cuba menampilkan kelainan dalam acara tersebut.
BACA: Menara 118 Tingkat Tertinggi Malaysia Dan Asia Tenggara Sudah Di Aras 75
Terbaru, seorang YouTuber dari Dubai, Anas dan Asala Marwah sanggup melabur lebih setengah juta Ringgit Malaysia demi mengadakan acara dedah jantina anak kedua mereka di sebuah bangunan pencakar langit di Dubai.
Enggan tampil dengan upacara tipikal menggunakan kejutan belon ataupun smoke canon, pasangan yang mengendalikan saluran YouTube Anasala Family ini mendedahkan jantina anak mereka selepas kira detik di menara Burj Khalifa berakhir.
https://www.instagram.com/p/CE7NMiUAeCb/?utm_source=ig_embed
Mempunyai lebh 2.5 juta pengikut di Instagram dan 7.67 juta di YouTube, video gender reveal pasangan YouTuber ini sudah pun mencapai tontonan lebih 14 juta biarpun baru sahaja dimuat naik pada dua hari lalu.
Mengambil masa sekitar sebulan setengah untuk merealisasikannya, Asala dalam video tersebut memberitahu beliau mahukan sesuatu yang unik supaya ianya menjadi memori yang tidak akan dilupakan mereka dalam ‘membina’ keluarga.
The big news just can’t get bigger than this as the world’s tallest building @BurjKhalifa lights up to reveal the biggest gender reveal ever!
Congratulations Anas Marwah and Asala Maleh. pic.twitter.com/N26ez1LCoW
— Emaar Dubai (@emaardubai) September 9, 2020
Pada tahun lalu, kekayaan bersih yang dicatatkan Anas Marwah bernilai RM5.4 juta dan sumber utamanya adalah daripada kerjayanys sebagai YouTuber.
Trending now



