penceraian

Pasangan Yang Dah Ada Segalanya Pun Masih Berlaku Penceraian, Kenapa Jadi Begini?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Saban hari kita dikejutkan dengan berita penceraian beberapa orang pasangan artis tempatan. Kes-kes seperti ini seperti tak lari daripada masyarakat kita.

Mengapakah perkara ini boleh berlaku, sedangkan ada pasangan yang dilihat begitu serasi bersama, nampak bahagia, pun boleh berlaku penceraian.

Perkara ini diulas oleh seorang peguam, Nurul Izzah Zainol. Mari kita ikuti penjelasan beliau.

SYARAT BERCERAI

Dulu-dulu terujalah juga nak tahu kenapa orang bercerai. Mulalah nak jadi kepochi. Tapi bila dah berkecimpung dalam guaman syarie, lagi-lagi handle kes rumah tangga, cerai tu macam berita cuaca.

Dijangka hujan sana, panas sini, mendung sana. Berita yang kalau dengar di radio/tv kita bangun pergi minum ketika air time tu. Macam tulah juga dengar berita orang bercerai.

Kenapa sampai macam tu?

Sebab benda tu dalam jangkaan. Nothing to bother.

Bercerai ni tak syaratkan profile latar belakang pasangan tu mesti ‘caca merba’, or mesti ‘3rd class’ society. Yang hidup serba kekurangan, yang semua benda bercatu, siang malam bertengkar sebab telur sebiji pun tak ada.

Yang nampak perfect & competent, macam tak mungkinlah diorang ni bercerai. Yelah, semua dah ada. Agama, duit, kerjaya, anak-anak yang bijak pandai, kenapa pula nak bercerai, kan?

Nak cari apa lagi? Nak kata kena abuse, tak nampak. Mesra, sentosa, harmoni je nampak.

BACA: ‘Lagu Sumpahan’ – Banyak Kes Penceraian Berlaku Hanya Kerana Sebuah Lagu Tular Ini

penceraian

Kawan,

There are things better left unsaid.

There are things better left untold.

Tak semestinya bila kena abuse, laki curang, laki tak bagi nafkah, baru boleh bercerai.

Tak sekufu gaya hidup, tak sealiran pemikiran, dan berlakunya culture conflict antara common reason berlakunya perceraian.

Tapi benda-benda ni lah yang orang tak nampak dan tak faham.

Dan ada 1 perkara ni yang ramai orang tak perasan yang boleh membawa kepada perceraian.

Iaitu apabila iman pasangan telah tidak sekufu. Apabila seorang pasangan mendekati amal ahlul jannah dan seorang lagi mendekati amal ahlul naar.

Sebagaimana Allah mempertemukan kita dengan pasangan kita. Allah juga bisa memisahkan kita dan pasangan apabila haluan dan jalan hidup yang dipilih saling bertentangan.

Kerana barakahnya sebuah perkahwinan bukan hanya pada permulaan tapi ia perjuangan untuk memeliharanya daripada tercemar dengan maksiat dan mungkar.

To those yang clueless kenapalah orang ni, orang tu bercerai. Can you just believe this,

“Some things have to end for a better things to begin.”

Simple right?

297668291_2576313679172187_248057605045000724_n

BACA: Ceraikan Isteri Atau Derhaka Pada Ibu Sendiri – Kerap Berlaku Kes Cerai Di Malaysia Akibat Mertua Tinggal Serumah?

Sumber: Nurul Izzah Zainol